Utusan Borneo (Sarawak)

PBSM SJK Chung Hua No.5 berbakti di Rumah Seri Kenangan

-

PUKULAN gendang bergemuruh di seluruh ruang Godown Ampitheatr­e Tebingan Kuching baru- baru ini, membuatkan para penonton terpukau dengan persembaha­n Orkestra Cina Chung Hua Middle School No. 1, Kuching anjuran pihak Pengurusan Tebingan Kuching (KWF).

Persembaha­n itu merupakan program tahunan KWF setiap musim Tahun Baharu Cina bersempena sambutan Cap Goh Mei.

Setiausaha Tetap Kementeria­n Pelanconga­n, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak Hii Chang Kee dalam ucapannya memuji kepelbagai­an dan kekayaan budaya Sarawak.

Beliau turut mencadangk­an agar pelancong tempatan dan antarabang­sa terus meneroka Sarawak dengan kepelbagai­an budaya dan tarikannya yang tersendiri.

Dalam upacara simbolik untuk memulakan sambutan Cap Goh Mei, Hii memalu gendang Cina dan menaikkan tirai bagi persembaha­n Orkestra.

Timbalan Pengurus Besar merangkap Pengarah, Bahagian Pelanconga­n dan Hospitalit­i Perbadanan Pembanguna­n Ekonomi Sarawak (SEDC) Edwin Abit berkata, menerusi senarai acara tetap KWF seperti persembaha­n Aidilfitri dan Gawai, pihaknya turut menganjurk­an Waterfront Music Festival (WMF) setiap tahun.

WMF akan mempersemb­ahkan bakatbakat unik seperti Nading Rhapsody, At Adau dan juara tahun lalu Suk ‘ Biniek.

Turut hadir pada majlis tersebut Pengurus Besar Sara Urusharta Sdn Bhd Alan Poh, Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Seni Sarawak Sharkawi Amit, Pengurus Besar Biro Konvensyen Sarawak Perhubunga­n Kerajaan dan Industri Chew Chang Guan, Timbalan Presiden Persekutua­n Pelanconga­n Sarawak Jane Lian Labang dan Pengetua Sekolah Menengah Chung Hua No. 1 Yap Chong Guan dan tetamu lain.

Persembaha­n berlangsun­g selama dua jam membabitka­n 50 pelajar berumur antara 13 hingga 17 tahun. PERSATUAN Bulan Sabit Merah Malaysia Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Chung Hua No.5 di Kuching telah menganjurk­an perkhidmat­an komuniti di Rumah Seri Kenangan (RSK) sempena sambutan Tahun Baharu Cina 2018 di Kuching, baru-baru ini.

Pengetuany­a Chin Mui Ling membawa ahli persatuan itu ke rumah warga tua terbabit bagi memberikan angpau dan limau mandarin kepada mereka.

Menurutnya, aktiviti ini diadakan untuk menun- jukkan kasih sayang kepada penghuni RSK, sekali gus membawa kegembiraa­n kepada mereka.

Chin mengucapka­n terima kasih kepada semua ibu bapa, guru dan pelajar atas sumbangan mereka dalam menjayakan projek ini.

 ??  ?? KHIDMAT KOMUNITI: Chin bersama ibu bapa, pegawai bertugas dan ahli Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia SJK Chung Hua No.5 semasa mengadakan program komuniti di RSK, baru-baru ini.
KHIDMAT KOMUNITI: Chin bersama ibu bapa, pegawai bertugas dan ahli Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia SJK Chung Hua No.5 semasa mengadakan program komuniti di RSK, baru-baru ini.
 ??  ?? BAWA KECERIAAN: Ahli PBSM, guru, pelajar, ibu bapa dan jururawat bergambar bersamasam­a di Wad Kanak- Kanak HUS.
BAWA KECERIAAN: Ahli PBSM, guru, pelajar, ibu bapa dan jururawat bergambar bersamasam­a di Wad Kanak- Kanak HUS.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia