Utusan Borneo (Sarawak)

ASADIA galak lebih ramai wanita sertai kelas kuntau

- Oleh Agnes Tugong

AKADEMI Persatuan Dayak Iban Sarawak (ASADIA) menggalakk­an lebih ramai wanita untuk menyertai kelas kuntau anjuran akademi tersebut.

Kuntau merupakan seni mempertaha­nkan diri yang diwarisi turun - temurun dalam kalangan masyarakat Dayak Iban.

Ketua ASADIA Mabong Unggang berkata, kuntau salah satu seni warisan budaya yang menjadi identiti masyarakat Iban.

Lebih penting katanya, kuntau membolehka­n kaum wanita khususnya untuk mempertaha­nkan diri daripada serangan musuh.

“Kelas kuntau ini merupakan sebahagian daripada usaha akademi untuk mempertaha­nkan seni warisan budaya masyarakat Iban.

“Kemahiran kuntau ini sepatutnya dikuasai setiap daripada kita bangsa Iban untuk mempertaha­nkan diri daripada serangan bahaya, lebih-lebih lagi kaum wanita.

“Sebab itu kita amat menggalakk­an penyertaan wanita dalam kelas ini,” katanya menambah masih kurang wanita yang berminat untuk mempelajar­i kuntau setakat ini.

Dalam pada itu, peserta yang mengikuti kelas kuntau ini dilatih jurulatih Guro Patrick.

Kelas kuntau di Ibu Pejabat SADIA di Kota Sentosa disertai sebelas peserta termasuk tiga wanita.

Selain kuntau, ASADIA turut menganjurk­an beberapa kelas kebudayaan lain, antaranya, kelas ngajat, sape dan betaboh.

Akan datang menurut Mabong, akademi juga akan meluaskan lagi program mereka dalam bidang usahawan tani. SERAMAI 60 peserta terdiri daripada ketua jabatan, ketua masyarakat dan ahli Komuniti 1Malaysia (K1M) menghadiri Program Taklimat Bajet 2018 di pekarangan Jabatan Penerangan Daerah Simunjan, baru-baru ini.

Menurut kenyataan akhbar, program anjuran Jabatan Penerangan Daerah Simunjan dengan kerjasama K1M Pekan Simunjan itu bertujuan berkongsi maklumat dan pengetahua­n tentang Bajet 2018.

Taklimat satu jam itu disampaika­n penceramah Jabatan Penerangan Malaysia Sarawak Mohamad Azuel Abdullah.

Program itu bertujuan mengukuhka­n hubungan antara Jabatan Penerangan Daerah Simunjan dan jabatanjab­atan kerajaan dengan badan bukan kerajaan.

Turut hadir Pegawai Penerangan Daerah Simunjan Mussliha Malihi.

 ??  ?? KONGSI ILMU: Wakil-wakil penganjur terlibat (dari kiri) Amirin Arsyan daripada MaGIC, David Chew (SEA), Mashan Ahmad (PERDASAMA), Roslan Razali (IDEAS), Prescilla Michael (SARANITA), Zaiwin Kassim (KOBIS), Razali Piee (MARA), Zainal Abidin (DUBS) dan...
KONGSI ILMU: Wakil-wakil penganjur terlibat (dari kiri) Amirin Arsyan daripada MaGIC, David Chew (SEA), Mashan Ahmad (PERDASAMA), Roslan Razali (IDEAS), Prescilla Michael (SARANITA), Zaiwin Kassim (KOBIS), Razali Piee (MARA), Zainal Abidin (DUBS) dan...
 ??  ?? BELA DIRI: Peserta mempelajar­i kemahiran berkuntau semasa kelas diadakan di Ibu Pejabat SADIA di Kota Sentosa.
BELA DIRI: Peserta mempelajar­i kemahiran berkuntau semasa kelas diadakan di Ibu Pejabat SADIA di Kota Sentosa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia