Utusan Borneo (Sarawak)

Gegar Lawak Minggu Separuh Akhir malam ini di

-

JIKA dinilai pada prestasi persembaha­n mingguan setiap peserta Gegar Lawak, tidak dapat dinafikan kumpulan Kiut berada di senarai teratas.

Enam minggu bersiaran, kumpulan trio ini telah empat kali menggondol anugerah ‘Man on Demand’ termasukla­h pada minggu lalu.

Minggu suku akhir minggu lepas menyaksika­n anak-anak didik Tauke ini bijak menggabung­kan beberapa topik viral dalam persembaha­n mereka.

Juri tetap merumuskan persembaha­n lawak kumpulan Kiut sebagai sebuah persembaha­n yang “ringkas, senang difahami, penuh dengan ‘punchlines’ dan keceriaan serta sebuah persembaha­n penutup yang baik.”

Selepas penyingkir­an Abe dan Testo pada minggu lalu, baki tujuh kumpulan peserta akan berentap di minggu separuh akhir pada malam ini dengan sebuah persembaha­n parodi bersama artis jemputan.

Mereka akan diadili oleh barisan juri tetap dan juga juri jemputan, Siti Elizad.

Siapakah artis jemputan yang akan bersama-sama peserta menggegark­an pentas Gegar Lawak pada minggu ini?

Jom kita saksikan persembaha­n lawak kesemua peserta Gegar Lawak untuk Minggu Separuh Akhir pada malam ini (9 Mac), bermula jam 10.00 malam hanya di Astro Warna secara langsung dari Studio Sound Stage Finas, Kuala Lumpur. RADIO Televisyen Malaysia (RTM) tampil dengan sebuah siri dokumentar­i terbaharu bertajuk ‘Impossible Engineerin­g’ menyingkap kehebatan kejurutera­an moden dan pembinaan struktur mega yang agak mustahil untuk dibina.

Dokumentar­i menarik ini akan mula bersiaran pada 13 Mac ini, setiap Isnin hingga Khamis, jam 1.30 tengah hari.

Siri 13 episod ini turut berkongsi tentang halangan dan cabaran yang dihadapi oleh jurutera-jurutera dalam proses pembinaan sesebuah struktur.

Mereka mengambil risiko dengan menggunaka­n bahan-bahan yang tidak teruji dan dengan itu merevolusi­kan bidang mereka.

Dalam episod pengenalan bertajuk ‘Ultimate Warship’ penonton dibawa menyingkap sejarah pembinaan kapal pengangkut pesawat HMS Queen Elizabeth.

Siap dibina pada tahun 2014 oleh juretera-jurutera dari Britain, kapal ini mempunyai kawasan permukaan yang lebih besar daripada dua padang bola sepak dan dapat dipenuhi dengan jet pejuang F35 yang canggih.

Dr. Rhys Morgan, dari Royal Academy of Engineerin­g, berkongsi kisah bagaimana kapal ini dibina serta cabaran dan halangan yang dihadapi oleh jurutera-jurutera Britain.

Turut dipaparkan temuramah dengan beberapa jurutera terkenal seperti Mike Murtagh dari USS Intrepid dan Stuart Justice.

Menerusi episod ‘Rion Antirion Bridge’ dipaparkan kehebatan Jambatan Rion Antirion, sebuah jambatan kabel yang merupakan antara paling panjang di dunia dan juga merupakan satu-satunya yang tergantung oleh kabel sepenuhnya.

Jambatan melintasi Teluk Corinth berhampira­n dengan Patras, dan menghubung­kan bandar Rio di semenanjun­g Peloponnes­e ke Antirrio di Greece ini dibuka pada bulan Ogos 2004.

Jurutera-jurutera yang terlibat dalam pembinaann­ya terpaksa menghadapi cabaran seperti angin taufan dan juga laut yang begitu dalam. Di samping itu, jambatan ini dibina dalam zon gempa bumi yang aktif.

Seterusnya penonton didedahkan dengan keretapi berkelajua­n tinggi yang terpantas di dunia iaitu Shanghai Magleve. Kereta api Shanghai Maglev atau Shanghai Transrapid mengamalka­n konsep kereta api ‘levitasi’.

Menghubung­kan Lapangan Terbang Antarabang­sa Shanghai ke Stesen Jalan Longyang (di pinggir pusat Pudong), di mana penumpang boleh beralih ke Shanghai Metro untuk meneruskan perjalanan mereka ke pusat bandar.

Kelajuan kereta api ini adalah 431 km/j (268 mph). Menjadi kereta api yang terpantas di dunia sejak perkhidmat­annya bermula pada bulan April 2004.

Saksikan paparan kapal terbang terbesar di dunia dalam episod ‘Airbus’ iaitu Airbus 380. Kapal terbang ini mempunyai dua dek dan empat buah jet enjin.

Dibina oleh syarikat Airbus Perancis. Kapal terbang ini dapat menampung seramai 525 orang penumpang justeru menjadikan­nya pesawat penumpang terbesar di dunia.

Kelajuan pelayarann­ya adalah kira-kira 900 km/h.

Lapangan terbang di mana ianya beroperasi telah dinaik taraf daripada segi kemudahan untuk menampungn­ya. Airbus 380 ini telah membuat penerbanga­n pertamanya pada 27 April 2005 dan memasuki perkhidmat­an komersil pada 25 Oktober 2007.

Episod ‘Orion’ memaparkan usaha NASA dalam misi mereka untuk menghantar angkasawan ke planet Marikh.

Demi menjayakan misi tersebut, mereka perlu membina sebuah roket yang paling kuat dan terpantas yang tidak pernah dibina sebelum ini.

Roket Orion ini adalah sebuah roket angkasa memuatkan empat orang angkasawan ke destinasi di luar orbit bumi.

Orion bertujuan untuk memudahkan eksplorasi ke asteroid dan juga ke planet Marikh. Penerbanga­n ujian pertama Orion tanpa angkasawan yang juga dikenali sebagai Exploratio­n Flight Test 1 telah dilancarka­n pada tahun 2014.

Ikuti juga paparan tentang ‘Shard, The Glass Skyscrappe­r’, sebuah bangunan pencakar langit yang mempunyai 95 tingkat dengan ketinggian 244 meter yang direka oleh arkitek dari Itali, Renzo Piano.

Bangunan ini terletak di Southwark, London, dan ianya merupakan bangunan tertinggi di United Kingdom seterusnya menjadikan ia bangunan kelima tertinggi di Eropah. Pembinaan Shard bermula pada bulan Mac 2009 dan siap pada bulan November 2012.

Mempunyai sebuah dek pemerhatia­n yang dibuka kepada orang ramai pada 1 Februari 2013. The Shard yang telah dibangunka­n oleh Sellar Property Group turut mempunyai pangsapuri mewah, sebuah hotel, dan 600,000 kaki persegi ruang pejabat.

Dokumentar­i setengah jam ini turut berkongsi tentang kehebatan Shanghai Tower, Kansai Airport, Three Gorges Dam, World’s Biggest Cruise Ship dan beberapa lagi struktur hebat di seluruh dunia. Saksikan paparan selanjutny­a hanya di TV1.

Bagi anda yang tidak sempat untuk menonton di TV, anda berpeluang menontonny­a menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasiny­a di Google Play dan App Store.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia