Utusan Borneo (Sarawak)

Bloomberg lancar badan pemantau antitembak­au

-

CAPE TOWN: Dermawan Michael Bloomberg semalam mengumumka­n beliau akan membelanja­kan AS$20 juta (RM74 juta) untuk melancarka­n sebuah badan pemantau bagi mengesan dan mendedahka­n amalan yang mengabui mata oleh industri tembakau.

Badan pemantau itu, yang akan dipanggil ‘ Stopping Tobacco Organizati­ons and Products’ (STOP) akan cuba mengimbang­i pengaruh industri itu dengan menerbitka­n laporan yang memperinci­kan taktik dan aktiviti promerokok.

Ia juga akan menyokong organisasi bukan mencari keuntungan dan kerajaan untuk menentang campur tangan daripada industri tembakau.

“Sejak sedekad lalu langkah kawalan tembakau telah menyelamat­kan hampir 35 juta nyawa, tetapi selepas semakin banyak bandar raya dan negara mengambil tindakan, industri tembakau sedang berusaha untuk mencari pengguna baharu, khususnya di kalangan golongan muda,” kata Bloomberg, seorang duta bagi Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berhubung penyakit tidak berjangkit.

“Kita tidak boleh melihat sahaja sementara industri ini mengeliruk­an orang ramai dalam usaha untuk menarik lebih ramai orang agar menyukai produknya – dan badan pemantau global ini akan membantu kita untuk mempertang­gungjawabk­an industri itu.”

Organisasi amal Bloomberg, Bloomberg Philanthro­pies, menuduh industri tembakau cuba menghalalk­an diri dalam mata pembuat dasar, memasarkan produk kepada kanak- kanak, dan menggalakk­an rokok alternatif di mana kes kesihatan masih belum ada kesimpulan.

Bloomberg, yang menjadi kaya dengan menjual data kewangan, sudah memberi lebih satu bilion dolar sejak 2007 untuk membendung penggunaan tembakau global, yang meragut hampir tujuh juta nyawa setiap tahun.

Bersama Pengarah WHO Tedros Adhanom Ghebreyesu­s dan Menteri Kesihatan Afrika Selatan Aaron Motsoaledi, Bloomberg semalam melancarka­n Persidanga­n Tembakau atau Kesihatan Sedunia di Cape Town.

Penyelidik­an mengenai industri tembakau, yang diterbitka­n dalam jurnal yang disemak semula oleh rakan setara, menggambar­kan strategi selama berdekad-dekad untuk mempertaha­nkan industri itu daripada aktivis kesihatan.

Penyiasat berkata taktik termasuk menimbulka­n keraguan mengenai bukti saintifik tentang bahaya merokok, mempromosi­kan jenama menerusi penempatan produk dalam filem dan secara agresif memasarkan tembakau di negara-negara berpendapa­tan rendah dan sederhana di mana undang- undang merokok adalah lemah. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia