Utusan Borneo (Sarawak)

Mesej dalam botol bertarikh 12 Jun 1886 dijumpai di pantai Australia

-

SYDNEY: Satu mesej dalam sebuah botol yang ditulis 132 tahun lalu dan dijumpai di sebuah pantai di Australia oleh sekumpulan pejalan kaki termasuk ibu bapa bintang Formula Satu Daniel Ricciardo telah disahkan sebagai warkah tertua seumpamany­a yang diketahui di dunia.

Botol berbentuk segi empat tepat itu dijumpai dalam keadaan separuh tertimbus dalam bukit pasir dekat Pulau Wedge, kira-kira 160 kilometer ke utara Perth, pada Januari lalu.

Ia memerlukan kerja siasatan selama berminggum­inggu menggunaka­n Google Translate, penyelidik­an dalam talian serta pencarian di arkib sebelum penemuan luar biasa itu disahkan sebagai sebuah botol tulen yang dibuang dari sebuah kapal Jerman ke dalam Lautan Hindi.

Kumpulan enam orang itu telah memandu menerusi bukit pasar pantai barat terpencil apabila Grace Ricciardo mencadangk­an agar mereka berhenti dan berjalan kaki, kata Kym Illman kepada AFP semalam.

Isterinya Tonya mengiringi­nya dan ternampak objek berkenaan, yang disangkany­a sampah.

“Dia fikir, ‘Ia kelihatan bagus, ia pasti kelihatan bagus di atas para-para buku saya’,” katanya.

Kumpulan itu menyangka mereka mungkin telah mengutip sesuatu yang istimewa apabila mereka menggoyang botol itu dan satu kertas kulit basah yang digulung dan kelihatan seperti rokok terjatuh keluar.

Selepas mereka kembali ke rumah percutian mereka yang berdekatan, mereka membuka nota itu selepas memanaskan­nya seketika dalam ketuhar.

Illman menggunaka­n pe- ngetahuann­ya mengenai bahasa asas Jerman untuk mentafsir arahan yang meminta orang yang menemuinya untuk menghantar maklumat tentang di mana dan bila botol itu dijumpai.

Dengan menggunaka­n Google Translate untuk memahami bahagian lain dalam teks tersebut, Illman menyedari mereka mungkin orang pertama untuk membaca nota itu – jika ia tulen – sejak 12 Jun 1886, menurut tarikh yang ditulis di atasnya.

Penemuan itu mendorong Illman untuk menjalanka­n penyelidik­an selama berminggu- minggu selain mengadakan perbincang­an dengan muzium, sebelum dia menerima teori bahawa ia mungkin sebuah botol arak gin Belanda pada abad ke-19 yang dibuang dari kapal layar Jerman, Paula, kira-kira 950 kilometer dari pantai Australia Barat.

Ia merupakan satu daripada ribuan botol yang digunakan dalam satu uji kaji kajian lautan Jerman untuk jangka panjang bagi memahami dengan lebih baik arus lautan global dan mencari laluan perkapalan yang lebih cepat dan lebih efisien, kata Muzium Australia Barat.

“Penemuan luar biasa memerlukan bukti luar biasa untuk menyokongn­ya, lalu kami menghubung­i rakan di Belanda dan Jerman untuk membantu mencari lebih banyak maklumat,” penolong kurator muzium bagi arkeologi maritim Ross Anderson menyebut dalam satu kenyataan.

“Apa yang menakjubka­n, pencarian arkib di Jerman menjumpai Jurnal Meteorolog­i asal kapal Paula dan terdapat satu tulisan pada 12 Jun 1886 yang dibuat oleh kapten, yang merekodkan sebuah botol terapung telah dibuang ke dalam air.

“Tarikh dan koordinat selari sama sekali dengan tarikh dan koordinat pada mesej botol.”

Muzium berkenaan berkata Agensi Hidrografi­k dan Maritim Persekutua­n Jerman serta Jabatan Meteorolog­i Negara telah mengesahka­n penemuan itu sebagai tulen, dan botol itu akan dipamerkan di Muzium Maritim WA, Fremantle. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? WARKAH TERTUA: Gambar tidak bertarikh diterima daripada Kym Illman semalam menunjukka­n mesej dalam botol yang ditulis 132 tahun lalu yang dijumpai dekat Pulau Wedge, kira-kira 160 kilometer ke utara Perth.
— Gambar AFP WARKAH TERTUA: Gambar tidak bertarikh diterima daripada Kym Illman semalam menunjukka­n mesej dalam botol yang ditulis 132 tahun lalu yang dijumpai dekat Pulau Wedge, kira-kira 160 kilometer ke utara Perth.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia