Utusan Borneo (Sarawak)

Forbes umum CEO Amazon paling kaya di dunia

-

PARIS: Ketua Amazon Jeff Bezos adalah orang paling kaya di dunia sekarang, selepas beliau merampas tempat teratas daripada pengasas Microsoft, Bill Gates, yang jatuh ke tempat kedua, menurut senarai bilionair tahunan majalah Forbes yang diterbitka­n kelmarin.

Ranking Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dalam senarai tersebut jatuh ke tempat ke-766 dari tempat ke- 544 dalam edisi terakhir, dan kekayaanny­a sekarang dianggarka­n sebanyak AS$ 3.1 bilion (RM11.5 bilion), AS$400 juta (RM1.48 bilion) kurang berbanding setahun lalu.

Kekayaan Bezos melonjak kepada AS$112 bilion (RM414 bilion), kata Forbes, selepas kenaikan sebanyak 59 peratus dalam saham Amazon sejak 12 bulan lalu yang meletakkan­nya jauh di hadapan AS$90 bilion (RM333 bilion) yang disenaraik­an untuk Gates.

Selepas pengumuman itu, nilai Bezos melonjak lagi kepada AS$127 bilion (RM470 bilion) selari dengan kenaikan dalam saham Amazon, untuk melebarkan jurang di antaranya dengan Gates.

Pelabur legenda Warren Buffett terus mengekalka­n ranking nombor tiganya, diikuti tokoh perindustr­ian Perancis, Bernard Arnault, yang melonjak untuk menjadi orang keempat paling kaya daripada tempat nombor 11 sebelum ini, kebanyakan­nya hasil kekuatan mata wang euro berbanding mata wang dolar, kata majalah itu.

Pengasas Facebook, Mark Zuckerberg, menduduki tempat kelima dalam senarai.

Dua bilionair China naik untuk menjadi antara 20 orang paling kaya di dunia: Ma Huateng, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat Internet gergasi dari China, Tencent, yang merupakan orang paling kaya di Asia dan nombor 17 di dunia, selain pengasas Alibaba, Jack Ma.

Sekarang terdapat 2,208 bilionair di dunia, kata Forbes, dan nilai gabungan mereka adalah AS$9.1 trilion (RM33.7 trilion), naik sebanyak 18 peratus berbanding pada tahun lepas.

Amerika Syarikat mempunyai paling ramai bilionair (585), diikuti tanah besar China (373).

Senarai Forbes mengandung­i 259 pendatang baharu, termasuk bilionair ‘cryptocurr­ency’ buat julung kalinya.

Sementara itu, kekayaan yang menurun atau masalah politik mengeluark­an 121 orang daripada senarai tersebut, termasuk kesemua 10 warga Arab Saudi, kata majalah itu. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? PALING KAYA: Bezos yang paling kaya di dunia.
— Gambar AFP PALING KAYA: Bezos yang paling kaya di dunia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia