Utusan Borneo (Sarawak)

Empat mati makan tembikai dicemari listeria di Australia

-

SYDNEY: Individu keempat meninggal dunia selepas dia memakan tembikai yang dicemari listeria, kata pihak berkuasa Australia semalam, dalam wabak yang setakat ini menjejaska­n 17 orang.

Kes mula menarik perhatian pegawai kesihatan pada bulan lepas, dan sumber dikesan di sebuah ladang dalam negeri New South Wales (NSW).

“Dua kematian berlaku di NSW dan dua di Victoria,” kata NSW Health, dan menambah dua kes baharu menjadikan jumlah yang terjejas pada peringkat kebangsaan seramai 17 orang.

Vicky Sheppeard, selaku pengarah penyakit berjangkit di NSW Health, berkata semua tembikai wangi yang tercemar sudah ditarik balik dari pasaran pada 28 Februari.

“Biasanya kira-kira satu pertiga orang yang jatuh sakit dengan listeriosi­s meninggal dunia setiap tahun. Kebanyakan kes tidak pernah ada kaitan dengan wabak seperti ini yang kita lihat dengan pencemaran tembikai wangi,” katanya.

Listeria merupakan bakteria yang biasa dijumpai dan bagi ramai orang yang memakan makanan yang mengandung­inya, ia tidak menyebabka­n penyakit.

Namun ia boleh menimbulka­n ancaman kepada warga emas, wanita mengandung atau mereka yang menghidap kencing manis atau barah.

“Listeriosi­s bermula dengan simptom ala selesema termasuk kesejukan, demam panas dan sakit otot. Ia mempunyai tempoh inkubasi selama 70 hari,” katanya. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia