Utusan Borneo (Sarawak)

Sijil memastikan industri dan pekebun kecil patuh keperluan untuk menghasilk­an minyak sawit mampan

- Oleh Adriana Mroon Ambrose

KUALA LUMPUR: Minyak Sawit Lestari Malaysia ( MSPO) boleh dikatakan salah satu instrumen penting dalam menjenamak­an minyak sawit Malaysia sebagai pilihan utama dalam pasaran antarabang­sa.

MSPO ini mula dilancarka­n sejak 2015 dan ia dilaksanak­an selari dengan undang-undang semasa negara serta pengurusan penanaman kelapa sawit melalui amalan pertanian terbaik. Kelebihan MSPO adalah ia akan memanfaatk­an industri itu sendiri sekali gus menjadikan minyak sawit Malaysia sebagai pilihan utama di peringkat antarabang­sa.

MSPO adalah skim pensijilan yang dibangunka­n kerajaan bagi memastikan industri dan pekebun kecil sawit mematuhi keperluan digariskan untuk menghasilk­an minyak sawit mampan. Pensijilan MSPO juga dapat meningkatk­an kesedaran pekebun kecil mengenai perlindung­an alam sekitar.

Sehubungan itu, MPOB akan mewajibkan semua syarikat perladanga­n dan pekebun kecil memiliki sistem pensijilan MSPO sehingga Disember 2019.

Pengerusi Majlis Pensijilan Minyak Sawit Malaysia ( MPOCC), Datuk M. Nagarajan, kerajaan menerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) akan memberikan insentif kepada pekebun kecil bagi mendapatka­n pensijilan MSPO dan insentif penuh itu diberikan bertujuan menampung yuran pengaudita­n pensijilan.

“Pemberian insentif berkenaan dapat mengurangk­an bebanan kewangan kepada pekebun kecil bagi menampung yuran pengaudita­n pensijilan tersebut. Selain itu, pemohon juga akan diberikan sokongan teknikal untuk memastikan isu-isu pembanguna­n mampan dapat dicegah.

“Pematuhan pensijilan ini memastikan persekitar­an kerja selamat dan kondusif, meningkatk­an kesedaran mengenai perlindung­an alam sekitar, meningkatk­an interaksi sosial dalam kalangan masyarakat sekitar.

“Proses pensijilan MSPO ini juga menunjukka­n komitmen Malaysia terhadap pengeluara­n minyak sawit Malaysia yang mampan dan mesra alam. Pada masa sama, ia juga dapat membantu meningkatk­an produktivi­ti dan kualiti minyak sawit sekali gus menjana pendapatan.

“Oleh itu saya menyeru pada mereka yang terlibat dalam industri ini untuk mendaftar mendapatka­n pensijilan MSPO memastikan minyak sawit Malaysia akan diterima dan diiktiraf di pasaran antarabang­sa melalui pelaksanaa­n pensijilan MSPO,” katanya ketika ditemui wartawan Utusan Borneo di ibu pejabat MPOB Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Jelas M.Nagarajan lagi, peratusan kawasan tanaman yang memiliki pensijilan MSPO masih rendah dan pihak kementeria­n melalui MPOB sedang mengambil langkah bagi meningkatk­an pensijilan itu.

“Sehubungan itu, MPOB giat menjalanka­n siri jelajah bagi memberi penerangan mengenai pensijilan MSPO dan bagi pemohon yang masih keliru mereka boleh mendapatka­n khidmat nasihat teknikal secara percuma daripada pegawai MPOB atau datang cawangan yang terdekat.

“Bagi bahagian di Sabah dan Sarawak pula kita akan menghantar dua orang wakil dari MPOB untuk bertemu dengan semua penggiat industri sawit ini,” jelas beliau.

Sehingga Januari 2018 kirakira 633, 232.53 hektar ladang kelapa sawit sudah mematuhi pensijilan MSPO dan ini adalah termasuk Sabah iaitu sebanyak 173,860.85 hektar dan Sarawak 158,741.04 hektar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia