Utusan Borneo (Sarawak)

Serangan ke atas minyak sawit kerana peningkata­n dominasi

-

KUALA LUMPUR: Serangan Kesatuan Eropah (EU) terhadap penggunaan minyak sawit adalah disebabkan bimbang komoditi itu akan mendominas­i bahagian pasaran minyak sayuran pada masa akan datang, kata Menteri Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi Datuk Seri Mah Siew Keong.

Beliau berkata semalam, minyak sawit menguasai kira- kira 60 peratus daripada bahagian pasaran minyak sayuran global, meningkat berbanding 10 peratus pada 60-an-70-an.

“Ini semua atas usaha kerajaan,” katanya pada persidanga­n Dewan Rakyat di sini semalam.

Mah menegaskan langkah diskrimina­si EU terhadap minyak sawit, termasuk melarang penggunaan biofuel berasaskan minyak sawit mulai 2021, disebabkan kebimbanga­n blok itu terhadap komoditi tersebut yang akan mendominas­i lebih 80 peratus daripada bahagian pasaran dalam dekad yang akan datang.

Bagaimanap­un, Mah ber- kata, langkah proaktif telah diambil, termasuk perbincang­an dua hala dengan duta dan ketua delegasi EU ke Malaysia, dan dengan mengetuai misi perdaganga­n ke blok tersebut.

Menteri itu berkata beliau juga telah berbincang dengan rakan sejawatnya di Thailand dan Indonesia untuk bekerjasam­a dalam menangani langkah diskrimina­si itu.

“Kami akan memastikan isu mengenai minyak sawit diselesaik­an sebelum Perjanjian Perdaganga­n Bebas ASEAN- EU dimuktamad­kan,” katanya.

Mah berkata kerajaan akan terus berusaha bagi kebajikan lebih 650,000 pekebun kecil di kawasan luar bandar yang akan terjejas oleh sebarang sekatan ke atas minyak sawit.

Eksport minyak sawit Malaysia pada tahun lepas berjumlah RM77.8 bilion, menyumbang 8.3 peratus daripada jumlah keseluruha­n eksport. Eksport minyak sawit dan produk minyak sawit ke EU berjumlah RM11.03 bilion pada 2016. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia