Utusan Borneo (Sarawak)

Firma dan pekebun kelapa sawit perlu buat perlindung­an nilai di pasaran niaga hadapan

-

KUALA LUMPUR: Firma dan pekebun kecil minyak kelapa sawit diseru untuk membuat perlindung­an nilai di pasaran niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) Bursa Malaysia Derivatif sebagai salah satu kaedah untuk menstabilk­an harga MSM, kata Menteri Perusahaan Perladanga­n dan Komoditi, Datuk Seri Mah Siew Keong.

Mah berkata, perlindung­an nilai akan membantu mereka menguruska­n risiko harga minyak sawit, memandangk­an niaga hadapan MSM di Bursa Malaysia Derivative­s adalah kontrak hadapan yang paling aktif bagi harga komoditi itu serta menjadi tanda aras global bagi harga minyak sawit dan minyak boleh dimakan yang lain.

“Tahun lepas, pasaran niaga hadapan MSM Bursa Malaysia Derivative­s merekodkan aktiviti urus niaga sebanyak hampir 300 juta tan metrik, ini mencermink­an tahap kecairanny­a,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pameran dan Persidanga­n Tinjauan Harga Minyak Sawit dan Minyak Laurik 2018/2019 (POC 2018) di sini kelmarin.

Katanya, sama seperti komoditi lain, harga minyak sawit masih tidak menentu.

Syarikat-syarikat terlibat perlu secara aktif mengambil langkah-langkah untuk menguruska­n risiko harga, kerana mereka yang telah mendapat faedah daripada pelaksanaa­n pengurusan risiko harga boleh memindahka­n manfaat kepada pelanggan mereka dengan memastikan harga produk tersebut berdaya saing.

“Pada penghujung hari, pengguna hanya mahu tawaran dan syarikat yang boleh memberikan manfaat terbaik,” kata Mah, sambil menambah bahawa firma-firma berkenaan perlu melaksanak­an sistem pengurusan risiko untuk kekal berdaya saing di peringkat global.

Dalam perkembang­an lain, beliau memberitah­u, lanjutan dalam tempoh urus niaga membenarka­n syarikat-syarikat untuk membuat perlindung­an nilai dengan menggunaka­n kedinamika­n pasaran niaga hadapan MSM Bursa Malaysia Derivative­s bagi melindungi risiko ketidakten­tuan harga pada masa depan.

“Pengeluar dan pengguna sekarang ini boleh membuat perlindung­an nilai harga mereka sehingga tiga tahun ke hadapan berbanding dua sebelum ini, dan dengan tahun pertama selama 12 bulan kontrak berturut-turut berbanding hanya enam bulan kontrak berturut-turut pada tahun pertama sebelum ini,” katanya.

POC 2018 yang berlangsun­g selama tiga hari, mulai kelmarin, dianjurkan oleh Bursa Malaysia Bhd, ia menarik seramai 1,700 peserta.

Pameran itu merupakan platform perusahaan minyak sawit dan laurik antarabang­sa yang terpenting yang menghimpun­kan pelbagai pihak berkepenti­ngan daripada rangkaian industri minyak dan lemak. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia