Utusan Borneo (Sarawak)

Penglibata­n kerajaan penting dalam projek babitkan Melaka- Guangdong

-

MELAKA: Penglibata­n pihak kerajaan dalam projek membabitka­n wilayah Guangdong di negeri ini adalah penting bagi memastikan projek berkenaan berjalan lancar dan disiapkan dalam tempoh ditetapkan, kata Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron.

Beliau berkata, usaha itu juga penting untuk merealisas­ikan dasar Satu Jalur, Satu Jalan, dan Laluan Sutera Maritim Abad Ke-21 yang diumumkan Presiden China, Xi Jinping.

“Antara perkara yang ditimbulka­n wakil wilayah Guangdong ialah mereka mahu melihat setiap kemajuan yang dicapai di Melaka membabit- kan Guangdong, mestilah ada unsur-unsur kerajaan … mereka mahu kerajaan terlibat sama dan mendapat sokongan daripada pihak swasta.

“Mereka sudah mula memantau dan melihat perkembang­an kerjasama yang terjalin sejak tiga tahun lepas… saya yakin hasrat kita untuk melihat pelabuhan laut dalam dan taman industri maritim di negeri ini akan menjadi kenyataan,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Terdahulu beliau menerima kunjungan hormat Ketua Pengarah Pejabat Hal Ehwal Luar Guangdong, Chen Qiu Yan di Seri Bendahara, Ayer Keroh di sini.

Pada 2015, Melaka dan wilayah Guangdong memeterai memorandum persefaham­an bagi pewujudan negeri dan wilayah persahabat­an untuk terus memperkuku­hkan hubungan kerjasama antara kedua-dua pihak.

Menurut Idris, dalam pertemuan hampir sejam itu, banyak perkara dibincangk­an, termasuk perkembang­an hubungan dua hala, isu semasa mengenai rantau Asia dan antarabang­sa yang mempunyai kepentinga­n bersama.

“Saya juga memberikan keyakinan kepada delegasi berkenaan bahawa kegiatan Melaka di Guangdong juga akan berterusan, di mana kita akan mewujudkan sebuah pusat kebudayaan dan maklumat berkenaan negeri ini di kawasan industri Zhuhai.

“Melalui pertemuan ini diharapkan segala projek usaha sama dapat bergerak lebih pantas dan membawa hasil positif dalam merealisas­ikan hasrat kedua-dua negara,” katanya.

Idris yakin Melaka akan terus menjadi pilihan pelabur asing sebagai destinasi pelaburan berpotensi tinggi dan menguntung­kan dalam pelbagai sektor, terutama pelanconga­n. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia