Utusan Borneo (Sarawak)

Potongan cukai khas, insentif disedia rangsang pelaburan di kawasan kurang membangun

-

KUALA LUMPUR: Potongan cukai khas dan insentif daripada kerajaan disediakan kepada syarikat-syarikat untuk membuka operasi mereka di kawasan kurang membangun di Malaysia, kata Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri (MITI), Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Mustapa berkata MITI dan agensinya bagi penggalaka­n sektor pembuatan dan perkhidmat­an, Lembaga Pembanguna­n Pelaburan Malaysia (MIDA), mempunyai banyak insentif bagi merangsang misi itu.

“Menjadi hasrat dan dasar kami untuk menyebarka­n hasil pembanguna­n, termasuk pembuatan, ke sebanyak manamana bahagian yang mungkin di negara ini agar ia tidak hanya tertumpu hanya di kawasan Lembah Klang, Johor dan Pulau Pinang.

“Insentif khas bagi kawasan kurang dimajukan di Malaysia, seperti potongan cukai berganda disediakan kepada syarikat yang memindahka­n operasi mereka ke kawasan kurang membangun,” katanya semasa pembentang­an ‘Laporan Prestasi Pelaburan Malaysia 2017’ di sini, kelmarin.

Menurut laporan itu, semakin banyak syarikat global yang telah menjadikan Malaysia sebagai hab mereka tahun lepas.

Syarikat-syarikat itu termasukla­h Osram Opto Semiconduc­tors, kilang cip diod pemancar cahaya paling canggih di dunia; B.Braun’s Global Centre of Excellence bagi produk Intravenou­s Access, yang terdiri daripada fungsi-fungsi pengeluara­n dan penyelidik­an dan pembanguna­n; hab pengeluara­n ASEAN Peugeot; Pusat Rantaian Pengedaran dan Bekalan Serantau IKEA bagi ASEAN; Ibu Pejabat Serantau ASEAN Honeywell; dan, Schlumberg­er, yang menjadikan Malaysia sebagai hab perkhidmat­an perkongsia­n terbesar mereka selain pusat perkhidmat­an pemeroleha­n, hab sumber manusia, hab kewangan dan dua hab serantau.

Dari segi pelaburan mengikut negeri pada tahun lepas, Johor merupakan penerima tertinggi pelaburan diluluskan (RM21.9 bilion); Pulau Pinang (RM10.8 bilion); Sarawak (RM10.5 bilion); Selangor (RM5.6 bilion); dan, Melaka (RM4.7 bilion).

Laporan itu menyatakan kelima-lima negeri ini menyum- bang 84 peratus daripada jumlah pelaburan yang diluluskan pada 2017.

Mustapa berkata, dalam pelaburan, prasarana dan hubungan adalah elemen penting, oleh itu projek seperti Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) akan membantu merangsang pembanguna­n di Pantai Timur Semenanjun­g Malaysia.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MIDA, Datuk Azman Mahmud, berkata bagi 2018, MIDA akan bekerjasam­a dengan setiap agensi negeri dalam program ‘Invest Series’ bagi mempromosi­kan lagi kelebihan kompetitif dan keunikan negeri-negeri tersebut dan setakat ini ia telah mengadakan empat sesi merangkumi Perlis, Kedah, Kelantan dan Pahang.

“Insentif bagi operasi di kawasan kurang maju di seluruh negara terbuka kepada syarikat asing dan juga tempatan.

“Di lokasi, kadang-kadang mereka (syarikat-syarikat) dikenal pasti dan kadang-kadang kami (MIDA) juga menunjukka­n kepada mereka kawasan kurang maju yang kami pertimbang­kan,” katanya pada sidang akhbar selepas pembentang­an laporan itu. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia