Utusan Borneo (Sarawak)

Permit usaha sama Hibiscus Petroleum di Australia dilanjutka­n

-

KUALA LUMPUR: Pihak Pentadbir Hak Milik Petroleum Luar Pesisir Kebangsaan Australia ( NOPTA) telah melanjutka­n permit penerokaan bagi operasi usaha sama Hibiscus Petroleum Bhd (Hibiscus Petroleum) di luar pesisir Lembangan Gippsland bagi tempoh lima tahun lagi sehingga 6 Mac, 2023.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia semalam, Hibiscus Petroleum berkata kawasan permit itu mengandung­i tujuh petunjuk serta prospek penerokaan termasuk sebuah kawasan gas yang berpotensi besar.

Syarikat itu memiliki 78.3 peratus kepentinga­n dalam permit penerokaan tersebut.

Usaha sama VIC/P57 itu membabitka­n anak syarikat milik penuh Hibiscus Petroleum, Carnarvon Hibiscus Pty Ltd (CHPL) dan Gippsland Hibiscus Pty Ltd serta 3D Oil Ltd dengan kumpulan Hibis- cus memegang kepentinga­n sebanyak 13 peratus.

“Penilaian prospek komprehens­if selama 18 bulan oleh 3D Oil yang dilantik oleh CHPL menunjukka­n potensi komersial dalam kawasan VIC/P57 dan berjaya mengenal pasti tujuh petunjuk serta prospek,” kata Hibiscus Petroleum.

Sementara itu, Pengarah Urusannya, Dr Kenneth Pereira berkata syarikat itu amat teruja dengan prospek kawasan Pointer yang baharu dikenal pasti yang berasaskan data seismos, jelas menunjukka­n kehadiran gas.

“Penawaran dalam pasaran gas Australia adalah rendah manakala bayaran bagi gas di tenggara Australia juga amat tinggi. Oleh itu, potensi penemuan di Pointer itu boleh memberi sumbangan utama kepada aliran pendapatan semasa syarikat,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia