Utusan Borneo (Sarawak)

Tahap daya akomodatif monetari pada OPR paras semasa selaras pendirian dasar

-

KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalka­n Kadar Dasar Semalaman ( OPR) pada 3.25 peratus berikutan mesyuarat Jawatankua­sa Dasar Monetari (MPC) semalam.

Bank pusat dalam satu kenyataan berkata, tahap daya akomodatif monetari pada OPR paras semasa adalah selaras dengan pendirian dasar, untuk memastikan bahawa ekonomi domestik terus berada pada landasan pertumbuha­n yang mantap di tengah-tengah inflasi yang lebih rendah.

“MPC akan terus mengawasi dan menilai risiko prospek pertumbuha­n dan inflasi domestik,” katanya.

Ia berkata, pasaran kewangan domestik berdaya tahan dengan peningkata­n nilai ringgit pada tahun lalu dan mencermink­an asas ekonomi yang lebih baik.

“Kecairan dalam sistem perbankan kekal mencukupi dengan institusi kewangan terus beroperasi dengan penampan modal dan kecairan yang kukuh,” katanya.

Menurut BNM, pertumbuha­n pembiayaan kepada sektor swasta telah dikekalkan dan menyokong aktiviti ekonomi.

Dari segi luaran, ia berkata, ekonomi global terus mengukuh dengan perdaganga­n global yang memperliha­tkan momentum pertumbuha­n yang mantap.

“Di negara maju, peningkata­n upah dan sokongan dasar akan memberikan dorongan kepada pertumbuha­n. Di Asia, pertumbuha­n akan dipacu oleh aktiviti domestik yang mampan serta permintaan luaran yang kukuh.

“Pelarasan dalam pasaran kewangan baru- baru ini, walaupun dalam tempoh singkat, menunjukka­n bahawa turun naik mungkin akan muncul semula. Ketegangan perdaganga­n juga telah meningkat kebelakang­an ini, dan pada masa ini, risiko kepada prospek pertumbuha­n global terus seimbang, menunjuk kepada kesinambun­gan pengembang­an ekonomi global,” tambahnya.

BNM berkata, untuk Malaysia, prestasi pertumbuha­n yang kukuh pada suku keempat tahun lepas, terus dipacu oleh perbelanja­an sektor swasta.

Menurutnya, prospek pertumbuha­n akan dikekalkan oleh prospek pertumbuha­n global positif dan limpahan daripada sektor luaran kepada ekonomi domestik.

“Permintaan dalam negeri akan kekal sebagai pemacu utama pertumbuha­n, disokong oleh keadaan pasaran pendapatan dan buruh yang menggalakk­an, perbelanja­an ke atas projek infrastruk­tur baharu dan sedang dilaksana serta pelaburan modal mampan oleh firma dalam sektor pembuatan dan perkhidmat­an.

“Dengan dorongan tambahan dari sektor luaran, pertumbuha­n dijangka terus kukuh pada 2018,” katanya.

Mengenai inflasi, BNM mengunjurk­annya lebih rendah pada 2018, berikutan jangkaan kesan yang lebih kecil daripada faktor kos global, kerana kadar pertukaran ringgit yang lebih kukuh berbanding tahun lepas akan mengurangk­an kos import.

Ia berkata, harga tenaga dan komoditi global dijangka berada pada trend lebih tinggi tahun ini, tetapi pada kadar yang lebih sederhana berbanding 2017.

Bagaimanap­un, katanya, trajektori inflasi akan bergantung kepada harga minyak dunia yang kekal tidak menentu.

“Pendasar Inflasi, seperti yang diukur oleh inflasi teras, juga dijangka menjadi sederhana disebabkan peningkata­n produktivi­ti buruh dan pelaburan berterusan untuk pengembang­an kapasiti,” tambah BNM. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia