Utusan Borneo (Sarawak)

Rizab antarabang­sa BNM AS$103.7 bilion pada 28 Feb

-

menyasarka­n pengguna wanita untuk mula menggunaka­n produk kami,” kata Nakamura selepas melancarka­n kamera X-H1 itu di stadium Persatuan Bola Keranjang Malaysia (MABA) di sini, semalam.

Ciri-ciri kamera X-H1 termasuk badan yang lebih kukuh, penstabila­n imej dalaman (IBIS) 5-axis terkini, prestasi pengesanan pergerakan dan fungsi ETERNA, ciri simulasi filem baharu yang ideal untuk pemfileman yang menyediaka­n kualiti imej unggul Fujifilm.

Kini terdapat di semua Fujifilm Wonder Photo Shop dan kedai-kedai terkemuka di seluruh negara, badan kamera X- H1 berharga RM7,988 manakala X- H1 dengan kit grip bateri berharga RM9,188. — Bernama KUALA LUMPUR: Rizab antarabang­sa Bank Negara Malaysia ( BNM) meningkat kepada AS$103.7 billon (AS$1=RM3.90) pada 28 Feb lepas berbanding AS$103.6 bilion yang dicatatkan pada 15 Feb 2018.

Bank pusat itu dalam satu kenyataan, memberitah­u rizab tersebut cukup untuk membiayai import tertangguh selama 7.2 bulan dan 1.1 kali hutang luar negara jangka pendek.

Katanya, komponen utama rizab antarabang­sa itu merangkumi rizab mata wang asing sebanyak ( AS$ 97.1 bilion), kedudukan rizab Tabung Kewangan Antarabang­sa (AS$ 800 juta), Hak Pengeluara­n Khas ( SDR) sebanyak AS$1.2 bilion, emas (AS$1.5 bilion) dan aset rizab yang lain (AS$3.1 bilion).

Aset itu terdiri daripada simpanan emas, pertukaran asing dan lain- lain rizab, termasuk SDR (RM419.55 bilion), sekuriti kerajaan Malaysia (RM4.46 bilion), deposit dengan institusi kewangan ( RM5.60 bilion), pinjaman dan pendahulua­n (RM7.49 bilion), tanah dan bangunan (RM4.18 bilion) serta aset-aset lain (RM9.52 bilion). — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia