Utusan Borneo (Sarawak)

Cukai import dan pengeluara­n kacang soya dijangka pengaruhi harga MSM 2018

-

KUALA LUMPUR: Cukai import tinggi yang dikenakan India ke atas minyak sawit mentah dan minyak ditapis serta pengeluara­n minyak kacang soya adalah antara faktor-faktor yang boleh mempengaru­hi harga minyak sawit mentah (MSM) pada 2018.

Pemilik dan Pengasas Bersama Palm Oil Analytics, Dr Sathia Varqa berkata kenaikan cukai import oleh India itu adalah kali yang keempat dalam masa kurang daripada enam bulan dalam usaha negara tersebut untuk meningkatk­an harga minyak biji sesawi bagi memberi manfaat kepada petaninya.

“Walaupun kesannya dijangka sementara, ia (cukai import tinggi) akan menjadikan eksport komoditi utama Malaysia itu lebih mahal di negara yang memiliki jumlah penduduk kedua terbesar dunia itu.

“Saya tidak fikir mereka (India) akan mengenakan satu lagi tarif import dalam tempoh terdekat ini (selepas ini),” katanya semasa pembentang­an beliau mengenai ‘Global Economics and Market Volatality - Impact on Commoditie­s’ pada Persidanga­n dan Pameran Prospek Harga Minyak Sawit dan Laurik 2018 (POC 2018) di sini, semalam.

Varqa berkata harga dan permintaan minyak sayuran lain seperti minyak kacang soya juga mempengaru­hi harga MSM.

“Argentina ketika ini sedang berdepan musim kemarau yang teruk, menjejaska­n pengeluara­n kacang soya. Pengeluara­n rendah akan menaikkan harga minyak kacang soya, yang seterusnya membantu meningkatk­an harga minyak sawit,” katanya.

Beliau juga menjangkak­an harga MSM mencecah RM2,600 setan metrik ber- dasarkan kepada penanda aras bulan ketiga pada Jun tahun ini dengan purata dagangan antara RM2,500 dan RM2,600 setan metrik, disebabkan bekalan terhad.

“Niaga hadapan minyak sawit di dagangan Bursa Malaysia Derivative­s berjumlah RM2,500 setan metrik sejak Januari 2018 sehingga sekarang,” katanya.

POC 2018 adalah persidanga­n antarabang­sa utama dalam industri minyak sawit dan laurik yang menghimpun­kan bersama-sama pihak berkepenti­ngan daripada industri minyak boleh dimakan bagi menjalin perangkaia­n, dan bertukar- tukar idea, penyelesai­an dan trend.

Acara yang berlangsun­g selama tiga hari itu yang bermula 5 Mac dianjurkan oleh Bursa Malaysia Bhd dan berjaya menarik 1,700 penyertaan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia