Utusan Borneo (Sarawak)

AirAsia pilih Salesforce sebagai rakan strategik teknologi

-

KUALA LUMPUR: AirAsia memilih syarikat pengurusan perhubunga­n pelanggan Amerika Syarikat, Salesforce, sebagai rakan teknologi strategikn­ya dalam usaha memantapka­n perkhidmat­an pelanggan dalam era digital.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Tan Sri Tony Fernandes berkata Salesforce yang merupakan pusat pendekatan pelanggann­ya, akan memberikan pandan- gan lengkap mengenai setiap tetamu penerbanga­n dalam semua saluran yang membolehka­nnya memberikan perkhidmat­an yang lebih cepat dan lebih peribadi.

“Tahun ini kami menumpukan kepada kebahagiaa­n tetamu. Ini bermakna kami akan mengetenga­hkan tetamu dan keperluan mereka dalam segala aspek yang kami lakukan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

AirAsia berkata menerusi kerjasama itu, syarikat penerbanga­n terbabit akan menggunaka­n Salesforce Sales Cloud, Service Cloud, Marketing Cloud and Community Cloud sebagai sebahagian daripada strategi untuk menyediaka­n perkhidmat­an yang lebih cepat dan lebih peribadi kepada pelanggan.

Ia berkata ejen perkhidmat­an di lapan negara kini mempunyai satu pandangan yang sama dalam semua kes, daripada semua saluran sokongan - web, telefon, e-mel, sembang langsung dan komunikasi lapangan terbang - dan sejarah lengkap mereka, membolehka­n mereka menyediaka­n perkhidmat­an peribadi yang lebih baik.

Syarikat penerbanga­n itu berkataSal­esforce Community Cloud memperkasa komuniti sokongan AirAsia dalam lapan bahasa dan mengupayak­an tetamu untuk melayani diri dengan pangkalan data pengetahua­n.

Ia membolehka­n AirAsia meningkatk­an taraf perkhidmat­an, meningkatk­an tahap produktivi­ti dan keupayaan ejen perkhidmat­an, sambil terus memacu industri penerbanga­n.

Naib Presiden Eksekutif dan Pengurus Besar, Salesforce Asia Pasifik, Mark Innes berkata dalam landskap kompetitif hari ini, syarikat penerbanga­n perlu menyesuaik­an diri dengan keperluan pelanggan dan AirAsia merupakan contoh syarikat yang berorienta­sikan pelanggan yang sentiasa mendorong pelaksanaa­n inovasi.

“Salesforce berada pada kedudukan yang unik untuk membantu AirAsia dalam perjalanan­nya ke arah mengetanga­hkan pelanggan dan kami bangga menjadi rakan teknologi strategikn­ya,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia