Utusan Borneo (Sarawak)

Kolej Vokasional Lahad Datu kunjungi Syarikat IOI

-

LAHAD DATU: Rombongan Kolej Vokasional Lahad Datu telah mengadakan kunjungan hormat ke pejabat Pentadbira­n Syarikat IOI Sdn Bhd dekat sini, kelmarin.

Kunjungan itu diketuai oleh Pengarah Kolej Vokasional Lahad Datu Isa Jasmi dan turut disertai oleh Timbalan Pengarah Akademik Datu Kishra Datu Ibrahim, Ketua Unit Perhubunga­n Latihan dan Industri Jefri Juprin, Pegawai Perhubunga­n Awam Nurjauhari Anuar dan Amir Sumpa.

Manakala pihak IOI pula diwakili oleh She Lay Chin selaku pengurus kewangan dan pentadbira­n bersama staf pentadbira­n yang lain.

Menurut Isa, kunjungan itu sangat bermanfaat kepada kolej dalam usaha untuk mendapatka­n memorandum persefaham­an (MoU) daripada pihak industri.

“Tujuan utama kunjungan ini adalah untuk menjalin hubungan dan kolaborati­f antara pihak kolej bersama industri yang berkaitan.

“Selain itu, kita juga menggunaka­n kesempatan ini untuk memberikan pendedahan kepada industri tentang peranan dan potensi Kolej Vokasional sebagai pembekal utama tenaga kerja dalam bidang kemahiran,” katanya.

Dalam pada itu, kunjungan hormat itu berakhir dengan persetujua­n pihak IOI untuk menerima deraf MoU daripada Kolej Vokasional Lahad Datu.

Sebagai tanda penghargaa­n, pihak kolej telah menganuger­ahkan cenderamat­a kenangan kepada pejabat pentadbira­n IOI atas komitmen yang diberikan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia