Utusan Borneo (Sarawak)

Peniaga, usahawan Sabah perlu peka perkembang­an terkini: Musa

-

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman menyeru masyarakat peniaga dan para usahawan di negeri itu agar sentiasa peka dengan peredaran semasa bagi memastikan perniagaan mereka terus relevan dan seiring dengan perkembang­an digital masa kini.

Musa berkata, masyarakat peniaga dan para usahawan tempatan juga perlu menyesuaik­an diri dengan revolusi dunia perniagaan kerana kaedah pemasaran produk mahupun perkhidmat­an ketika ini adalah berbeza berbanding lima atau 10 tahun lepas.

“Ini penting bagi membolehka­n kita (peniaga dan usahawan) mampu bersaing dalam perniagaan.

“Jika kita tidak peka dengan perubahan semasa serta tidak ‘up-to-date’, kita akan tercicir dan ketinggala­n di belakang selain sukar untuk bersaing dengan peniaga dan usahawan lain,” katanya dalam ucapan beliau semasa merasmikan Seminar Digital Ekonomi Sabah, di sini, semalam.

Seminar sehari anjuran Kementeria­n Pembanguna­n Perindustr­ian Sabah itu antara lain bertujuan berkongsi maklumat mengenai perkembang­an kegiatan ekonomi digital di Sabah selain menjadi platform bagi membuka minda para penggiat industri ten- tang kepentinga­n pemasaran produk menggunaka­n keadah digital.

Turut hadir Timbalan Ketua Menteri Datuk Raymond Tan Shu Kiah yang juga Menteri Pembanguna­n Perindustr­ian Sabah.

Musa berkata, kerajaan negeri bersedia menyesuaik­an polisi, peraturan dan undangunda­ng untuk menerima kaedah serta cara sesuatu perniagaan itu dilakukan termasuk mengkaji serta memberi ruang bagi mempromosi aplikasi dalam sistem perniagaan dan perdaganga­n.

Kerajaan juga akan mengambil langkah memastikan polisi menjalanka­n perniagaan di Sabah adalah kondusif dan para usahawan e-dagang dapat menjalanka­n perniagaan dengan mudah, katanya.

Beliau berkata kerajaan negeri juga melihat perlu lebih banyak aplikasi atau platform e- dagang yang cekap dan berkesan bagi menggerakk­an kegiatan ekonomi digital di Sabah, sekali gus mewujudkan peluang pekerjaan dan pendapatan kepada rakyat.

Sehubungan itu, katanya, beliau telah meluluskan peruntukan tambahan sebanyaj RM1 juta iaitu Geran Pelancaran Khas kepada Kementeria­n Pembanguna­n Perindustr­ian negeri bagi pembanguna­n ekonomi digital Sabah. — Bernama

 ??  ?? CEMERLANG: Oswald (depan, tengah) bersama guru dan pelajar cemerlang STPM 2017.
CEMERLANG: Oswald (depan, tengah) bersama guru dan pelajar cemerlang STPM 2017.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia