Utusan Borneo (Sarawak)

Maut disyaki digilis lori muatan balak

-

TAWAU: Seorang penunggang motosikal maut disyaki digilis lori treler yang membawa muatan kayu balak di Batu 2.5 Jalan KalabakanS­apulut, di sini, kira-kira jam 3.30 petang Isnin.

Ketua Polis Daerah Tawau ACP Fadil Marsus berkata penunggang motosikal, lelaki lingkungan 40-an yang merupakan seorang buruh di Kalabakan dan warga asing, meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Penunggang motosikal itu meninggal dunia akibat cedera parah di bahagian kepala,” katanya sambil mengesahka­n mangsa ada memakai topi keledar.

Beliau berkata pemandu treler, lelaki tempatan berusia 51 tahun yang terlibat dalam kemalangan terbabit pula tidak mengalami sebarang kecederaan.

Menurutnya, siasatan awal di lokasi kejadian mendapati kemalangan itu berlaku semasa penunggang motosikal dalam perjalanan dari Pekan Kalabakan menuju ke Sapulut.

“Apabila sampai di lokasi kejadian, penunggang motosikal membuat pusingan U secara tiba-tiba menyebabka­n lori yang datang dari arah berten- tangan tidak dapat mengelak.

“Lori terbabit melanggar belakang motosikal itu sehingga menyebabka­n penunggang­nya tercampak kira-kira 26 meter manakala motosikal terseret sejauh 75.5 meter.

”Akibat kejadian itu, penunggang motosikal meninggal dunia di lokasi kejadian dan dihantar ke Unit Forensik, Hospital Tawau untuk bedah siasat,” katanya.

Siasatan berhubung kes itu dikendalik­an Pegawai Penyiasat Ins Mohd Faridzul Mohamed Yusof, mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia