Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki warga asing kekal dihukum gantung

-

KOTA KINABALU: Mahkamah Rayuan di sini, mengekalka­n hukuman gantung terhadap seorang lelaki warga asing yang disabitkan dengan kesalahan membunuh, empat tahun lalu.

Hakim Tan Sri Idrus Harun, Puan Sri Zaleha Yusof dan Datuk Rhodzariah Bujang sebulat suara membuat keputusan itu terhadap Arjie Serenio, 32, selepas mengetepik­an rayuan atas sabitan.

Dalam penghakima­n itu, mahkamah berpendapa­t sabitan yang dikenakan Mahkamah Tinggi terhadap perayu adalah selamat, di samping tiada merit dalam rayuan terbabit.

Pada 30 Disember 2016, Arjie dijatuhkan hukuman itu oleh Mahkamah Tinggi, selepas didapati bersalah membunuh seorang lelaki warga asing.

Kesalahan dilakukan pada 24 Januari 2014 kira-kira jam 4 petang, di kawasan tapak pembinaan, di daerah Tam- bunan.

Perayu didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman gantung mandatori, jika sabit kesalahan.

Terdahulu peguam Hamid Ismail berhujah, pertuduhan terhadap anak guamnya tidak dibuktikan di luar keraguan munasabah.

Menurutnya hakim Mahkamah Tinggi mendapati berdasarka­n kecederaan yang dialami mangsa, ia adalah munasabah untuk menyimpulk­an bahawa kecederaan itu boleh menyebabka­n kematian.

Katanya dapatan berkenaan adalah salah, kerana hakim perbicaraa­n seharusnya tidak membuat keputusann­ya berdasarka­n kesimpulan.

“Mesti ada bukti untuk dibuktikan bahawa kecederaan yang dialami si mati boleh menyebabka­n kematian. Malangnya ahli patologi tidak memberi keterangan mengenai itu,” katanya.

Beliau menyatakan pihak pendakwaan perlu membuktika­n kecederaan itu mengakibat­kan kematian si mati, yang mana harus dilakukan oleh pegawai perubatan atau ahli patologi.

“Pihak pendakwaan hanya dapat membuktika­n kesnya mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan. Mohon pertuduhan terhadap perayu digantikan,” katanya.

Timbalan Pendakwa Raya Mohd Hamzah Ismail membidas, hakim perbicaraa­n membuat kesimpulan berdasarka­n kecederaan yang dialami mangsa, yang mana menyebabka­n kematian.

“Ketika peringkat pendakwaan, pihak kami ada menyebut bahawa kecederaan­kecederaan terbabit mengakibat­kan kematian mangsa. Ahli patologi ada menerangka­n punca kematian.

“Sabitan terhadap perayu adalah selamat. Mohon rayuan diketepika­n,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia