Utusan Borneo (Sarawak)

SMK Datuk Pengiran Galpam catat kecemerlan­gan

-

SANDAKAN: Pusat Tingkatan 6 (MOD 2) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Pengiran Galpam di sini sekali lagi mencatat sejarah kecemerlan­gan dalam Sijil Tinggi Persekolah­an Malaysia (STPM) 2017 yang diumumkan kelmarin.

Wakil Pengetua iaitu Penolong Kanan Pentadbira­n dan Kurikulum Oswald Claudious Jokinol berkata, Rina Rahayu Ramli dari aliran Kemanusiaa­n muncul pelajar terbaik keseluruha­n dengan pencapaian Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 4.00. Dia mengambil mata pelajaran Pengajian Am, Bahasa Melayu, Sejarah dan Sains Sukan.

Selain itu katanya, dua pelajar terbaik bagi aliran Sains ialah Flora Ngu Shuh Ching dan Shim Phui Kuen, yang masing-masing mendapat PNGK 3.84 dengan keputusan 2A dan 2A-.

“Flora mendapat A untuk mata pelajaran Fizik dan Matematik, manakala A- bagi Pengajian Am dan Kimia. Sementara, Shim mendapat A bagi Pengajian Am dan Fizik, manakala A- bagi Kimia dan Matematik Tulen,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pengumuman Keputusan STPM 2017 di Dewan Sri Pahlawan, SMK Datuk Pengiran Galpam di sini pada Selasa.

Oswald berkata Gred Purata Sekolah (GPS) bagi sekolah itu menunjukka­n penurunan sebanyak 0.05 iaitu 2.61 pada 2017 berbanding 2.66 pada tahun sebelumnya.

Katanya, peratus lulus keseluruha­n turut mencatatka­n sedikit penurunan dari 99.0 peratus pada 2016 kepada 98.7 peratus pada 2017.

Untuk rekod, seramai 78 calon telah mendapat PNGK sekurang- kurangnya 3.00. Bilangan itu menunjukka­n peningkatk­an berbanding hanya 70 orang pada tahun sebelumnya.

“Pihak sekolah ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada semua calon STPM 2017 kerana telah berjaya memperoleh keputusan cemerlang. Tidak lupa kepada semua guru yang telah bertungkus­lumus dalam membantu pelajar membuat persediaan bagi menghadapi peperiksaa­n.

“Selaku Pusat Tingkatan 6 (MOD 2), pihak sekolah telah merangka dan menjalanka­n pelbagai program bagi memperkasa dan mengukuhka­n pemahaman pelajar terhadap silibus yang diajar. Antaranya, program Cuti-Cuti Mantap, Dril-drildril, Barabis Intensif, Modul Mata Pelajaran dan Kolokium. Tanpa komitmen daripada semua pihak termasuk ibu bapa, sudah pasti kecemerlan­gan pada hari ini tidak dapat dikecapi.

“Justeru, pihak sekolah mengharapk­an agar keputusan pada tahun 2017 akan menjadi pemangkin untuk sekolah mencapai kecemerlan­gan pada masa hadapan,” katanya sambil menambah, Pusat Tingkatan 6 (MOD 2) SMK Datuk Pengiran Galpam akan bergelar Pusat Tingkatan 6 (MOD 1) mulai tahun depan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia