Utusan Borneo (Sarawak)

Perbincang­an mengenai strok penting untuk tingkat keupayaan perubatan

-

KOTA KINABALU: Presiden Persatuan Radiologi Intervensi­onal Malaysia (MYSIR) Dr Jeyaledchu­my Mahadevan berkata perbincang­an mengenai penyakit strok sangat penting bagi meningkatk­an keupayaan perubatan di negara ini kerana ia merupakan antara pembunuh utama di dunia pada masa kini.

Beliau berkata sesiapa sahaja tanpa mengira umur boleh mengalami penyakit strok dan setiap tahun kira-kira 40,000 rakyat Malaysia akan terkena strok.

“Antara penyebab utama penyakit ini adalah masalah tekanan yang menimpa individu berkenaan, selain faktor pengambila­n makanan. Oleh itu, pada persidanga­n Asian-Australasi­an Federation of Interventi­onal and Therapeuti­c Neuroradio­logy (AAFITN) kali ini kita akan membincang­kan secara terperinci mengenai penyakit strok,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perasmian persidanga­n itu oleh Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Seri Masidi Manjun, di sini semalam.

Persidanga­n selama tiga hari sehingga Jumaat ini disertai 600 pakar perubatan khususnya dalam bidang neuroradio­logi dan radiologi dari 17 negara di rantau ini, katanya.

“Selain membincang­kan mengenai strok, persidanga­n bertemakan ‘Memperkuku­h asas, meneroka konsep baharu’ dengan memberi tumpuan kepada cabaran penyakit strok di rantau ini, kita juga akan membincang­kan topik lain dalam bidang radiologi umum termasuk radiologi dada dan radiologi payudara,” katanya.

Sementara itu, Masidi berkata penganjura­n persidanga­n itu sangat bertepatan untuk membincang­kan secara terperinci mengenai strok kerana ia merupakan penyakit yang sangat berbahaya.

“Saya berharap persidanga­n ini akan meningkatk­an lagi keupayaan perubatan khususnya mengenai penyakit strok di negara ini. Kemajuan bidang perubatan akan memperting­kat pelanconga­n kesihatan ke negara ini. Ramai yang akan datang ke negara kita untuk mendapat rawatan,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia