Utusan Borneo (Sarawak)

MANFAATKAN KELEBIHAN LAMAN SENDIRI

Sarawak perlu menang menentang PDRM petang ini selepas keciciran banyak mata Liga Premier

- Oleh Harry Ilias

KUCHING: Pengurus Sarawak, Abdul Wahab Rahim menegaskan kepada pemain agar memanfaatk­an sepenuhnya pertembung­an dengan PDRM petang ini di Stadium Negeri, Petra Jaya untuk mengutip tiga mata penuh.

Menurut Wahab, Sarawak perlu menang perlawanan itu bagi menebus kekecewaan keciciran banyak mata dalam dua perlawanan Liga Premier sebelum ini.

Pada masa sama tegasnya, kemenangan akan membantu Sarawak mengukuhka­n kedudukan dalam kelompok empat pasukan teratas.

“Kita perlu menggunaka­n kesempatan bermain di laman sendiri untuk mengutip tiga mata penuh.

“Saya yakin kemenangan akan berpihak dengan Sarawak kerana kita mempunyai kelebihan bermain di laman sendiri,” katanya kepada Utusan Borneo semalam.

Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) itu juga menggesa kepada pemain agar tidak terus dibuai kekecewaan selepas tewas dalam saingan Piala FA tempoh hari.

Sebaliknya, beliau percaya pertembung­an dengan Perak menjadi medan pemanas badan terbaik pemain untuk membuat persiapan sebaik mungkin sebelum menghadapi PDRM.

Dalam pada itu, Ketua Jurulatih Ian Andrew Gillan menyeru pemain bangkit untuk memastikan kemenangan berpihak kepada Sarawak.

Jurulatih kelahiran Australia itu juga mahu pemain meningkatk­an corak per- mainan mereka bagi mengelak dikecewaka­n PDRM.

“Saya menjangkak­an tentangan sengit bakal ditampilka­n pemain PDRM kerana mereka pasti tidak mahu pulang dengan tangan kosong.

“Justeru, saya berharap pemain dapat memperbaik­i corak permainan. Hantaran kita perlu lebih kemas dan pantas.

“Selain itu, barisan pertahanan juga harus lebih mantap dan ketat untuk memastikan gawang tidak dibolosi,” katanya.

Menurut Ian, beliau akan membuat sedikit perubahan terhadap skuadnya untuk berdepan tentangan skuad ‘The Cops’ itu.

Perlawanan dijadual bermula jam 4.15 petang.

Saya yakin kemenangan akan berpihak dengan Sarawak kerana kita mempunyai kelebihan bermain di laman sendiri. Abdul Wahab Rahim Pengurus Sarawak

 ??  ??
 ??  ?? PERLU BANGKIT: Pemain memanaskan badan semasa sesi latihan semalam.
PERLU BANGKIT: Pemain memanaskan badan semasa sesi latihan semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia