Utusan Borneo (Sarawak)

DUA SAMUN, CABUL PELAYAN DIBERKAS

-

Dua lelaki mempunyai rekod jenayah lampau ditahan kerana melakukan samun dan cabul terhadap seorang pelayan pusat hiburan di Sibu Jaya.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit berkata, kedua-dua suspek berusia 23 dan 25 tahun itu ditangkap secara berasingan antara jam 1.30 dan 1.50 petang di Sibu Jaya kelmarin.

Kedua-dua suspek mempunyai rekod jenayah lampau berkaitan penyalahgu­naan dadah dan curi.

Katanya, dalam kejadian jam 3 pagi Sabtu lalu, gadis berusia 18 tahun itu berjalan pulang ke rumah sewanya di Sibu Jaya.

“Ketika dia singgah membeli nilai tambah prabayar di sebuah kedai 24 jam, tiba-tiba mangsa dihampiri sebuah motosikal yang ditunggang­i dua lelaki (suspek),” katanya.

Kedua-dua suspek kemudian dipercayai bertindak merampas beg tangannya yang mengandung­i telefon bimbitnya, kad pengenalan dan RM20.

“Mangsa juga mendakwa dia juga dicabul keduadua suspek,” katanya

Menurut Stanley, pihaknya turut merampas sebuah motosikal yang digunakan kedua-dua suspek semasa melakukan jenayah tersebut dan sebuah telefon bimbit milik mangsa.

Difahamkan, siasatan awal pihak polis mendapati kedua-dua suspek mengakui melakukan samun dan mencabul mangsa.

ACP Stanley berkata, kedua-duanya direman untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun dan Seksyen 354 Kanun Keseksaan kerana mencabul.

 ??  ?? DICEKUP: Kedua-dua suspek direman untuk membantu siasatan polis.
DICEKUP: Kedua-dua suspek direman untuk membantu siasatan polis.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia