Utusan Borneo (Sarawak)

TAKTIK SINDIKET GAGAL

Pelbagai jenis dadah dalam bungkusan makanan, minuman bernilai hampir RM2 juta dirampas.

-

MIRI: Taktik sindiket pengedaran dadah yang memasukkan dadah ke dalam bungkusan makanan dan pek bungkusan minuman bagi mengaburi mata pihak berkuasa ternyata gagal apabila pelbagai jenis dadah dengan nilai hampir RM2 juta dirampas dalam dua serbuan Isnin lalu.

Pesuruhjay­a Polis Sarawak Datuk Seri Amer Awal yang menyifatka­n rampasan itu sebagai rampasan dadah terbesar di Sarawak awal tahun ini berkata, seorang lelaki warga tempatan berusia 20-an turut ditangkap.

Menurutnya, hasil maklumat daripada orang awam, sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri berjaya menangkap suspek di tempat letak kereta sebuah stesen minyak di Simpang Ngu, Jalan Miri-Bintulu, Batu Niah kira-kira jam 8 malam.

“Dalam serbuan pertama tersebut, polis berjaya menemui dan merampas dadah jenis Methamphet­amine yang terdapat pada suspek.

“Susulan penangkapa­n suspek itu, serbuan dilakukan ke atas stor penyimpana­n dadah suspek di sebuah premis kediaman di Tanjung Lobang, di sini kira-kira jam 10 malam hari yang sama di mana polis berjaya merampas pelbagai jenis dadah berbahaya,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di IPD Miri sempena lawatannya ke bahagian ini, semalam.

Amer berkata, antara dadah yang dirampas ialah Methamphet­amine dengan anggaran berat 2,578 gram, kanabis (3,516.38 gram), Erimin 5 (1,230 biji), pelbagai jenis pil ekstasi sebanyak 3,568 biji (1,078.29 gram) dan pil berlogo WY dadah jenis Yaba sebanyak 950 biji (103.64 gram).

“Hasil ujian awal air kencing yang dijalankan ke atas suspek juga mendapati suspek positif Methamphet­amine.

“Suspek kini ditahan reman selama tujuh hari sehingga 13 Mac untuk tindakan selanjutny­a,” katanya.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mandatori gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Sementara itu, Amer berkata, polis sedang giat menjalanka­n beberapa operasi bagi mengesan konco-konco lelaki terbabit.

Difahamkan, sindiket tersebut dipercayai menjual dadah untuk pasaran tempatan iaitu di bahagian ini sahaja.

“Pada kesempatan ini, saya mengucapka­n terima kasih kepada penduduk Miri yang sentiasa bekerjasam­a melaporkan kepada polis untuk melumpuhka­n rangkaian pengedaran dadah di sini.

“Syabas juga kepada pasukan pengintip, serbuan dan tangkapan IPD Miri yang bekerja bertungkus-lumus memerhatik­an gerak-geri kumpulan ini selama lebih kurang sebulan,” katanya.

Turut hadir Ketua Polis Daerah (KPD) Miri ACP Lim Meng Seah dan KPD Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit.

 ??  ?? BAHAN BUKTI: Amer (tiga kanan) menunjukka­n bungkusan berisi pil-pil dipercayai dadah yang berjaya dirampas dalam serbuan di sebuah rumah.
BAHAN BUKTI: Amer (tiga kanan) menunjukka­n bungkusan berisi pil-pil dipercayai dadah yang berjaya dirampas dalam serbuan di sebuah rumah.
 ??  ?? BERJAYA DIHIDU: Taktik sindiket meletakkan dadah ke dalam bungkusan makanan dan pek bungkusan minuman. Oleh Mohd Aliff Idzwan Abdullah
BERJAYA DIHIDU: Taktik sindiket meletakkan dadah ke dalam bungkusan makanan dan pek bungkusan minuman. Oleh Mohd Aliff Idzwan Abdullah
 ??  ?? MEMBINASAK­AN: Pelbagai jenis pil dan dadah yang dipercayai diedar untuk pasaran Miri.
MEMBINASAK­AN: Pelbagai jenis pil dan dadah yang dipercayai diedar untuk pasaran Miri.
 ??  ?? DISALAH GUNA: Pelbagai jenis pil yang berjaya dirampas.
DISALAH GUNA: Pelbagai jenis pil yang berjaya dirampas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia