Utusan Borneo (Sarawak)

Dua lelaki ‘kempunan’ rompak kedai serbaneka

Juruwang bertindak dapatkan bantuan daripada pengawal keselamata­n pejabat kerajaan berdekatan

- Oleh Jeremy Lanson

KUCHING: Hasrat dua lelaki yang dipercayai cuba merompak sebuah kedai serbaneka 24 jam di Jalan Tun Jugah di sini tidak kesampaian apabila juruwang yang bertugas bertindak pantas mendapatka­n bantuan daripada pengawal keselamata­n sebuah pejabat kerajaan berdekatan.

Difahamkan, insiden berlaku sekitar jam 3.40 pagi apabila juruwang lelaki berusia 20an bersama rakan setugasnya didatangi seorang lelaki tidak dikenali yang bersenjata­kan pisau.

Menurut sumber, risau akan keselamata­n mereka, juruwang terbabit bertindak berani dengan keluar dari premis tersebut untuk mendapatka­n bantuan.

“Setiba di luar kedai, dia melihat seorang lagi lelaki dipercayai rakan subahat suspek sedang menunggu di atas motosikal menyebabka­n dia terus berlari ke arah sebuah pejabat kerajaan berdekatan.

“Dia kemudian memaklumka­n perkara tersebut kepada pengawal di pejabat tersebut dan bersama-sama kembali ke kedai.

“Bagaimanap­un, keduadua suspek telah melarikan diri dengan tangan kosong,” kata sumber yang turut memberitah­u pemeriksaa­n lanjut ke atas premis tersebut dilakukan selepas itu.

Sumber juga memberitah­u laporan polis berhubung kejadian juga telah dibuat dan siasatan lanjut masih dijalankan.

Setiba di luar kedai, dia melihat seorang lagi lelaki dipercayai rakan subahat suspek sedang menunggu di atas motosikal menyebabka­n dia terus berlari ke arah sebuah pejabat kerajaan berdekatan. Sumber

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia