Utusan Borneo (Sarawak)

Enam lelaki disyaki mencuri direman dua hari lagi

-

MIRI: Enam lelaki termasuk seorang warga asing yang ditangkap kerana disyaki mencuri barang kemas kepunyaan seorang wanita warga emas diperintah­kan Mahkamah Majistret supaya direman lanjut dua hari.

Perintah itu dikeluarka­n Pendaftar Mahkamah Rendah Nuurhafiza Yatim setelah mendengar permohonan reman lanjut yang dikemukaka­n penolong pegawai penyiasat Sarjan Mohd Sani Mohd Nor dari Balai Polis Pusat Miri.

Dalam permohonan­nya, Mohd Sani memberitah­u, keenam-enam suspek direman dua hari sejak 6 Mac lalu.

Bagaimanap­un, memandangk­an siasatan lanjut polis tidak dapat disiapkan dalam masa yang singkat dan kawad cam belum dapat dilakukan, justeru beliau memohon kesemua suspek direman lanjut dua hari lagi.

Berdasarka­n permohonan reman terdahulu, Mohd Sani memberitah­u, pada 2 Mac lalu seorang wanita warga emas telah membuat laporan di Balai Polis Pusat Miri.

Dalam aduannya, pengadu, 78, mendakwa sekitar jam 7 malam 1 Mac, beliau dapati beberapa barang kemas dan pelbagai matawang asing bernilai RM500 miliknya yang disimpan di dalam laci meja solek di bilik tidurnya telah hilang dipercayai dicuri.

Kerugian dianggarka­n bernilai RM50,000.

Bertindak atas maklumat diterima, sekitar jam 11 pagi, 5 Mac lalu di tepi Jalan Raja di sini, sepasukan polis diketuai ASP Unang Giang berjaya menangkap tiga lelaki termasuk seorang warga asing kerana disyaki terlibat dalam kes ini.

Selang 50 minit kemudian, polis turut menahan tiga lagi suspek di kawasan sama kerana disyaki terbabit sama dalam kes kecurian tersebut.

K e e n a m - e n a m suspek yang berusia 19 hingga 24 tahun kemudian dibawa ke Balai Polis Pusat Miri untuk tindakan lanjut.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia