Utusan Borneo (Sarawak)

PDA dan TSA tidak dapat ganti undang-undang negeri

Kedua-duanya tidak relevan di Sarawak, DUN tidak pernah lulus undang-undang persekutua­n tersebut, kata KM

- Oleh Agnes Tugong

KUCHING: Akta Pembanguna­n Petroleum 1974 (PDA) dan Akta Laut Wilayah 2012 (TSA) adalah tidak relevan di Sarawak, kata Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Menurut beliau, kedua-dua akta itu merupakan undangunda­ng persekutua­n dan untuk melaksanak­an sebarang undang- undang persekutua­n di Sarawak, ia perlu diluluskan Dewan Undangan Negeri (DUN).

Bagaimanap­un katanya, DUN tidak pernah meluluskan kedua-dua undangunda­ng itu, justeru keduaduany­a tidak dapat dilaksana atau menggantik­an undangunda­ng negeri.

“Petik saya dengan betul; mana-mana undang-undang yang berada di luar bidang kuasa (ultra vires) perlembaga­an di bawah Perkara 4 Perlembaga­an Persekutua­n, adalah terbatal,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas perasmian Seminar Pembanguna­n Jalan Pesisir Sarawak 2018 di sebuah hotel terkemuka di sini semalam.

Ditanya sama ada Sarawak akan memansuhka­n atau meminda PDA dan TSA, Abang Johari berkata persoalan itu harus diajukan dengan kerajaan persekutua­n.

“Anda tanya dengan kerajaan persekutua­n,” katanya kepada pemberita ketika diminta penjelasan sama ada Sarawak akan memansuhka­n atau meminda PDA dan TSA bagi membolehka­n Sarawak menggalas tanggungja­wab mencari gali, meneroka dan membangunk­an sumber-sumber petroleum sedangkan PDA dan TSA masih dilaksanak­an.

Bercakap pada pelancaran Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) baru-baru ini, Ketua Menteri berkata, Sarawak akan mengambil alih kuasa sepenuhnya ke atas aspek huluan dan hiliran industri minyak dan gas di Sarawak menjelang Julai tahun ini.

Katanya, semua individu dan syarikat yang terlibat dalam industri minyak dan gas di Sarawak dari sekarang harus mempunyai lesen, permit, pajakan dan kelulusan yang diperlukan sama ada di bawah Ordinan Carigali Minyak atau Ordinan Pengedaran Gas.

Bercakap mengenai pembinaan jalan pesisir pantai Sarawak yang sedang dirancang, Abang Johari berkata, pembinaany­a akan menggunaka­n teknologi baharu yang sesuai dengan keadaan tanah berpaya.

“Teknologi konvension­al tidak sesuai untuk membina jalan pesisir dengan tanah berpaya kerana jalan yang kita bina nanti tidak akan tahan lama dan memberi kesan gelombang.

“Atas sebab itu, kita akan membina jalan pesisir pantai dengan teknologi baharu iaitu teknologi biosimen yang menggabung­kan simen dengan ejen bio (bakteria) yang akan menguatkan lagi lapisan jalan kita.

“Kajian sedang dibuat oleh Universiti Curtin dan jika hasil kajian positif, maka kita akan menggunaka­n teknologi ini untuk pembinaan jalan pesisir pantai kita,” jelasnya.

Tambah Abang Johari, pembinaan jalan pesisir dari Sematan di Lundu hingga ke Miri akan dilaksanak­an secara berperingk­at-peringkat dan akan mengambil masa 10 tahun untuk disiapkan sepenuhnya.

Apabila jalan pesisir siap nanti katanya, ia akan meningkatk­an ekonomi penduduk terutama mereka yang mendiami sepanjang kawasan pesisir pantai negeri ini.

“Ia akan mengambil masa 10 tahun untuk kita membangunk­an keseluruha­n jalan pesisir pantai Sarawak ini yang mana tanpa feri dan tanpa tol,” katanya sambil menambah Sarawak mempunyai model perniagaan sendiri untuk projek itu.

Turut hadir pada seminar tersebut Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar James Masing, Menteri Muda Jalan Pesisir Datuk Julaihi Narawi, Menteri Muda Pengangkut­an Datuk Dr Jerip Susil serta yang lain.

Petik saya dengan betul; mana-mana undang-undang yang berada di luar bidang kuasa (ultra vires) perlembaga­an di bawah Perkara 4 Perlembaga­an

terbatal. ” Persekutua­n, adalah Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg Ketua Menteri

 ?? — Gambar Chimon Upon ?? TERTARIK: Abang Johari (tiga kiri) melihat produk yang dipamerkan pada Seminar Pembanguna­n Jalan Pesisir di Kuching, semalam. Turut kelihatan Dr Jerip (kiri), Masing dan Julaihi (kanan).
— Gambar Chimon Upon TERTARIK: Abang Johari (tiga kiri) melihat produk yang dipamerkan pada Seminar Pembanguna­n Jalan Pesisir di Kuching, semalam. Turut kelihatan Dr Jerip (kiri), Masing dan Julaihi (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia