Utusan Borneo (Sarawak)

11 jambatan perlu dibina untuk lengkapkan lebuh raya pesisir Sarawak

-

KUCHING: Sarawak perlu membina 11 jambatan untuk melengkapk­an lebuh raya pesisir Sarawak sepanjang 896 kilometer bermula dari Lundu hingga ke Miri.

Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar James Masing berkata, jambatan tersebut melibatkan jambatan Batang Sadong, Batang Samarahan, Batang Rambungan, Batang Lupar, Batang Igan, Batang Rajang, Batang Saribas, Sungai Krian, Batang Paroh, Muara Lassa dan Kuala Kemena.

Jambatan-jambatan tersebut katanya, akan dibina dalam tempoh lima tahun ini hingga 2023 dengan kos RM5 bilion termasuk yang dibiayai kerajaan pusat.

“Daripada 11 jambatan ini, jambatan Batang Sadong telah siap dibina dengan jambatan Batang Samarahan hampir siap, manakala lain-lain jambatan dalam pelbagai peringkat pelaksanaa­n,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas perasmian Seminar Pembanguna­n Jalan Pesisir Negeri Sarawak 2018 oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg di sebuah hotel terkemuka di sini, semalam.

Terdahulu dalam ucapannya, Masing yang juga Menteri Pembanguna­n Infrastukt­ur dan Pengangkut­an berkata, pembanguna­n jalan pesisir Sarawak adalah fokus utama dalam perancanga­n tahun ini.

Di bawah Bajet 2018 katanya, ia turut merangkumi pembanguna­n jalan pesisir yang menghubung­kan ka- wasan-kawasan pesisir pantai Sarawak iaitu dari Lundu, Asajaya, Sadong Jaya, Sebuyau, Matu hinggalah Kuala Tatau, Bintulu dan seterusnya ke Miri.

“Cadangan untuk membina semua jambatan di sepanjang jalan pesisir termasuk Jalan Pasi ke Jalan Tanjung Manis, Sibu dan sebuah jambatan di Batang Rajang yang merupakan laluan terputus dijangka siap pada 2023.

“Ini adalah bukti kesungguha­n kerajaan untuk memperkuku­hkan perhubunga­n bagi melonjakka­n pembanguna­n sosioekono­mi rakyat di sepanjang kawasan pesisir Sarawak,” katanya.

Masing turut percaya pembanguna­n jalan pesisir akan memberikan impak tinggi kepada ekonomi penduduk apabila siap nanti.

Selain projek jalan pesisir, dua lagi projek iaitu Lebuh Raya Pan Borneo dan Jalan Raya Kedua juga akan memberikan impak tinggi kepada pembanguna­n fizikal dan ekonomi negeri serta rakyat.

Lebuh Raya Pan Borneo katanya, yang direka dengan laluan dua lorong dua hala akan memendekka­n jarak perjalanan dengan peruntukan lebih daripada RM16 bilion.

Manakala, Jalan Raya Kedua akan dibina dalam tiga pakej iaitu pakej pertama dari Kota Samarahan ke Roban, pakej kedua (Sebuyau ke Sri Aman/ Betong) dan pakej ketiga (Jalan Kelupu/Jalan Tanjung Genting ke Lanang, Sibu) sekali gus melengkapk­an jaringan jalan raya di negeri ini.

 ??  ?? MASING
MASING

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia