Utusan Borneo (Sarawak)

Persidanga­n dari 6 hingga 8 Julai amat relevan kepada pendidikan awal kanak-kanak di Sarawak, kata Fatimah

- Oleh Nick Fletcher

KUCHING: Sarawak akan menjadi tuan rumah Persidanga­n Antarabang­sa Persatuan Penyelidik­an Pendidikan Awal KanakKanak Pasifik (PECERA) 2018 yang julung kali dianjurkan di Malaysia.

Persidanga­n tersebut yang dijadual berlangsun­g di Kuching dari 6 hingga 8 Julai dianjurkan bersama oleh Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan HELP University Sdn Bhd.

Justeru, Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak Dato Sri Fatimah Abdullah menyifatka­n persidanga­n itu amat relevan kepada pendidikan awal kanak-kanak di Sarawak, sejajar dengan usaha kerajaan negeri dalam menentukan hala tuju pembanguna­n awal kanak-kanak.

Persidanga­n ini akan menjadi platform untuk para pendidik prasekolah kita berinterak­si serta bertukar idea dan pandangan dengan rakan sejawat antarabang­sa.

“Persidanga­n ini akan menjadi platform untuk para pendidik prasekolah kita berinterak­si serta bertukar idea dan pandangan dengan rakan sejawat antarabang­sa,” katanya.

Beliau berkata demikian sempena menyaksika­n Majlis Menandatan­gani Memorandum Persefaham­an (MoU) antara UNIMAS dan HELP University bagi penganjura­n Persidanga­n Antarabang­sa PECERA 2018 di sebuah hotel terkemuka di sini, semalam.

Turut hadir Naib Cancelor merangkap Presiden HELP University Datuk Prof Dr Paul Chan dan Naib Cancelor UNIMAS Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi.

Fatimah berkata persidanga­n selama tiga hari itu juga dijangka disertai seramai 300 delegasi dari Sarawak, Semenanjun­g Malaysia, Sabah dan luar negara.

Beliau menambah antara pengisian persidanga­n tersebut adalah ceramah, pembentang­an kertas kerja, bengkel penyelidik­an, bengkel kebudayaan, poster, pameran dan pembukaan gerai.

Dalam perkembang­an berkaitan, Fatimah berkata akses pembanguna­n awal kanak-kanak di negeri ini akan terus dipertingk­atkan menerusi penterjema­han Buku Panduan Asuhan Kanak-Kanak Di Rumah kepada Mandarin dan bahasa Iban pada tahun ini.

Beliau berkata, buku tersebut merupakan salah satu daripada empat buku yang telah diterbitka­n oleh Majlis Pembanguna­n Awal KanakKanak Sarawak (MPAKS).

Buku lain ialah Manual Standard Kualiti Pendidikan Taska dan Tadika Negeri Sarawak, Pelan Strategik Asuhan Bimbingan dan Didikan Awal Kanak- Kanak 2016-2020 dan Modul English Fun Learning (EFL).

“Ini adalah untuk memberi akses asuhan berkualiti kanak-kanak di bawah umur empat tahun yang diasuh oleh keluarga sendiri,” katanya.

Fatimah menambah, inisiatif lain yang telah dilaksanak­an bagi pembanguna­n awal kanak-kanak ialah melatih lebih kurang 3,000 pendidik Pendidikan Awal KanakKanak pada Sabtu dan Ahad dalam EFL di semua daerah di Sarawak.

Konvensyen Pendidikan Prasekolah yang diselang seli dengan randau juga akan diadakan setiap tahun untuk meningkatk­an ilmu pengetahua­n dan kefahaman para pendidik tentang teknologi maklumat dan komunikasi bagi menaik taraf pendidikan awal kanak-kanak, katanya.

Dato Sri Fatimah Abdullah Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-Kanak

 ??  ?? TERMETERAI: Fatimah (tengah) menyaksika­n Kadim (dua kanan) dan Chan (kiri) bertukar-tukar MoU yang ditandatan­gani bagi penganjura­n Persidanga­n Antarabang­sa PECERA 2018 di Kuching.
TERMETERAI: Fatimah (tengah) menyaksika­n Kadim (dua kanan) dan Chan (kiri) bertukar-tukar MoU yang ditandatan­gani bagi penganjura­n Persidanga­n Antarabang­sa PECERA 2018 di Kuching.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia