Utusan Borneo (Sarawak)

Penerimaan semua kaum untuk mendapatka­n yang terbaik amat diperlukan bagi membina sebuah negara bangsa

- Oleh Andy Sabang

SIBU: Malaysia memerlukan rakyat yang dapat menerima apa jua perkara baik dan mendapat persetujua­n secara bersama.

Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud berkata, rakyat khususnya di negeri ini harus meminggir fahaman ekstremism­e yang boleh mengganggu gugat hubungan antara kaum.

Katanya, penerimaan semua kaum untuk mendapatka­n yang terbaik amat diperlukan bagi membina sebuah negara bangsa.

“Perkara-perkara terbaik daripada semua kaum harus diterima pakai serta mendapat penerimaan daripada masyarakat negara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Seminar Sufi Menurut Pendekatan Wasatiyyah Peringkat Kebangsaan 2018 di Kompleks

Kita di sebelah timur mengenal Islam tidak seperti di Barat. Oleh sebab itu, saya tidak mahu ada muncul orang yang melampau caranya menuntut ilmu tasawuf. Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud Yang di-Pertua Negeri

Islam di sini, semalam.

Menyentuh mengenai pendekatan wasatiyyah, Taib memberitah­u ia sebagai satu cara untuk mendalami kepercayaa­n kepada agama dan memahami lebih dekat tentang perkara yang disukai dan diterima Allah.

“Kita di sebelah timur mengenal Islam tidak seperti di Barat. Oleh sebab itu, saya tidak mahu ada muncul orang yang melampau caranya menuntut ilmu tasawuf.

“Kita mesti tahu bahawa tasawuf merupakan satu usaha untuk menghalusi fahaman mengenai Allah dan apa yang dikehendak­i-Nya,” jelasnya.

Taib turut menasihatk­an masyarakat Islam supaya sentiasa cermat dalam mempelajar­i ilmu tasawuf.

“Pada hari ini, saya terpaksa mengatakan bahawa mempelajar­i tasawuf adalah baik tetapi mesti cermat dan jangan terbawa-bawa.

“Kita hendaklah mencari lebih fahaman dalam caracara kita membawa diri dalam masyarakat,” ujarnya.

Beliau berharap para peserta seminar tersebut memperoleh­i pengalaman dan pembelajar­an serta dapat memperting­kat pemahaman tentang semangat Islam yang cukup menarik di negara ini.

“Saya berharap masyarakat kita sentiasa bersikap berjaga-jaga dan tidak terbawabaw­a kepada soal yang lebih halus.

“Apa yang lebih penting adalah demi untuk pembanguna­n masyarakat kita di negara ini,” katanya lagi.

Hadir sama pada majlis tersebut Ketua Pengarah Jabatan Islam Malaysia (JAKIM) Tan Sri Dato’ Othman Mustapha yang mewakili Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Menteri Muda ( Utiliti) Bekalan Elektrik Dr Abdul Rahman Junaidi, Menteri Muda Pendidikan dan Penyelidik­an Teknologi Dr Annuar Rapa’ee dan Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak Datu Misnu Taha.

 ??  ?? SEPAKAT LEBIH BAIK: Taib berucap merasmikan Seminar Sufi Menurut Pendekatan Wasatiyyah Peringkat Kebangsaan 2018 di Sibu, semalam.
SEPAKAT LEBIH BAIK: Taib berucap merasmikan Seminar Sufi Menurut Pendekatan Wasatiyyah Peringkat Kebangsaan 2018 di Sibu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia