Utusan Borneo (Sarawak)

Inisiatif FAME Internatio­nal Group membawa pelbagai produk, penyelesai­an teknologi canggih dari pelbagai negara

- Oleh Jessica Jawing

KUCHING: Hab Digital Ekonomi (DEH) komited menjadi pelengkap kepada kerajaan dalam melahirkan modal insan dalam bidang teknologi digital kepada Sarawak.

Inisiatif sektor swasta iaitu FAME Internatio­nal Group itu antara pusat teknologi tercanggih di ASEAN yang membawakan pelbagai produk dan penyelesai­an teknologi canggih dari pelbagai negara.

Ketua Pegawai Eksekutif FAME Internatio­nal Group Eddie Wee berkata, hab berkenaan mendidik generasi muda untuk didedahkan dengan teknologi digital, selain melibatkan mereka dalam pembanguna­n ekonomi digital masa hadapan.

“Kami juga menyediaka­n platform kepada kelompok dewasa atau industri dalam pelbagai bidang yang mahu belajar dan mengguna pakai teknologi digital dalam perniagaan mereka.

“Secara asasnya hab ini dibina atas respons daripada kami sektor swasta untuk mempromosi­kan pendidikan teknologi digital dan mempromosi­kan penggunaan teknologi digital kepada industri, serta selaras dengan wawasan Ketua Menteri yang mahu mentransfo­rmasikan Sarawak ke arah ekonomi digital,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menerima lawatan duta-duta negara ASEAN dari Myanmar, Kemboja, Thailand, Vietnam dan Laos yang melawat DEH di sini, semalam.

Wee berkata, beliau percaya dengan penglibata­n semua dalam teknologi digital termasuk pelajar sekolah serta industri akan memberangs­angkan lagi transforma­si ekonomi digital Sarawak.

Jelasnya, mereka juga percaya pendidikan awal dalam teknologi digital amat penting malahan dari usia prasekolah lagi.

“Sehubungan itu, selain mengendali­kan pelbagai program latihan di DEH, kami juga bekerjasam­a dengan tadika, sekolah rendah dan menengah untuk menggalakk­an minat kanakkanak.

“Pada masa yang sama, kami membantu mewujud- kan dan menubuhkan kelab STEAM (Sains, Teknologi, Seni dan Matematik) di sekolah serta mengadakan pertanding­an robot bagi meningkatk­an lagi pengalaman belajar mereka,” tegasnya.

DEH yang terletak di aras tiga, Pusat Beli-Belah OneJaya dengan keluasan 12,000 kaki persegi itu, menyediaka­n pelbagai kemudahan seperti pencetakan tiga dimensi, makmal fabrikasi, makmal robot, bilik pengaturca­raan serta pemasangan pelbagai robot, makmal Makeblock, Makers Space, realiti maya dan sebagainya.

DEH juga merupakan pengedar ekslusif teknologi seperti Makeblock (sistem robotik), Dobot dan pencetakan 3D yang dibangunka­n tempatan iaitu Porteus dan rakan antarabang­sanya, Zeemaker.

Wee berkata, sejak memulakan operasinya awal tahun ini, DEH menerima lawatan serta penyertaan memberangs­angkan termasuk dari luar negara, selain kunjungan daripada agensi kerajaan serta perbadanan seperti Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC).

“Kami menerima ramai pelawat termasuk dari luar negara dan badan berkaitan yang amat kagum dengan pusat ini, selain pelajar dan guru dari sekolah tempatan.

“Malahan banyak pihak menunjukka­n minat untuk bekerjasam­a dengan kami untuk membantu mereka membina pusat teknologi di tempat mereka seperti universiti dan sebagainya,” katanya.

Wee berkata, antara perancanga­n lain mereka kini adalah memperluas lagi kehadiran mereka di Cyberjaya di mana pihaknya akan membina hab ekonomi digital seluas 6,000 kaki persegi.

 ??  ?? BERMINAT: Wee (kanan) merakam kenangan bersama duta-duta ASEAN dengan baju kemeja logo DEH sebagai cenderamat­a selepas lawatan ke pusat berkenaan, semalam.
BERMINAT: Wee (kanan) merakam kenangan bersama duta-duta ASEAN dengan baju kemeja logo DEH sebagai cenderamat­a selepas lawatan ke pusat berkenaan, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia