Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak Capital Circle untuk landskap perniagaan digital

-

KUCHING: FAME Internatio­nal Group kini membangunk­an aplikasi yang dinamakan Sarawak Capital Circle untuk landskap perniagaan ekonomi negeri ini.

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya Eddie Wee berkata, aplikasi berkenaan akan memberi ruang kepada komuniti berkaitan untuk berkongsi maklumat serta projek perniagaan di kalangan mereka.

“Sarawak Capital Circle adalah susulan pembanguna­n aplikasi yang kami bangunkan sebelum ini iaitu China Capital Circle.

“Namun bezanya, Sarawak Capital Circle adalah untuk landskap perniagaan di negeri ini, sementara China Capital Circle adalah bagi China, ia adalah aplikasi yang dibangunka­n secara komprehens­if,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menerima lawatan duta-duta negara ASEAN dari Myanmar, Kemboja, Thailand, Vietnam dan Laos yang melawat Hab Ekonomi Digital (DEH) di sini, semalam.

Katanya, Sarawak Capital Circle sama seperti laman sosial Facebook tetapi bukan untuk mempamerka­n produk.

Sebaliknya kata beliau, ia adalah untuk berkongsi maklumat dan memaklumka­n dalam kalangan komuniti perniagaan tentang projek, pelaburan dan jualan.

“Sebelum ini kami membangunk­an aplikasi sama iaitu China Capital Circle di mana sehingga kini kami mempunyai lebih 600,000 pengguna aplikasi berkenaan dari China.

“Untuk makluman, kita antara yang terbesar dari segi platform sumber perkongsia­n di China,” katanya sambil memberitah­u aplikasi berkenaan sudah berada di China sejak tiga tahun lepas.

Aplikasi di China itu kata, Wee amat memberangs­angkan dengan peningkata­n pada kadar 300 hingga 400 pengguna setiap hari.

“Maka itu, melihat kepada kejayaan ini dan dengan wawasan membangunk­an Sarawak ke arah transforma­si ekonomi digital kini, sudah tiba masanya kami membawa teknologi sama ke Sarawak.

“Kami memperluas aplikasi ini juga untuk negaranega­ra ASEAN dan ia adalah perkongsia­n maklumat projek perniagaan percuma antara kita dengan negara ASEAN lain,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia