Utusan Borneo (Sarawak)

PDA, TSA tidak halang aktiviti PETROS

-

KUCHING: Akta Pembanguna­n Petroleum 1974 (PDA) dan Akta Laut Wilayah 2012 (TSA) tidak menghalang PETROS untuk terlibat dalam aktiviti cari gali minyak dan gas di negeri ini.

Justeru, menurut Menteri Muda Hal Ehwal Korporat Abdullah Saidol, tiada keperluan untuk meminda PDA dan TSA bagi membolehka­n PETROS menjalanka­n aktiviti tersebut di negeri ini.

“Ketua Menteri telah menyatakan dengan jelas bahawa kita (Sarawak akan mengambil alih kuasa sepenuhnya ke atas aktiviti mencari gali, meneroka dan membangunk­an sumber-sumber petroleum kita mengikut Ordinan Carigali Minyak dan Ordinan Pengedaran Gas negeri.

“Justeru, tidak timbul persoalan PDA dan TSA perlu dipinda bagi membolehka­n PETROS menjalanka­n aktiviti ini kerana kita ada ordinan kita sendiri untuk dipenuhi.

“Seperti yang dijelaskan oleh Ketua Menteri, PDA dan TSA adalah undang-undang persekutua­n dan ia tidak dapat mengatasi undang-undang negeri jika tidak mendapat kelulusan daripada Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Bagaimanap­un, kita tetap akan bekerjasam­a dengan Petronas dan pemimpin kerajaan di peringkat pesekutuan dalam mengurus serta membangunk­an sumber-sumber petroleum ini,” katanya.

Abdullah berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas perasmian Seminar Pembanguna­n Jalan Pesisir Negeri Sarawak 2018 di sebuah hotel terkemuka di sini, semalam.

Mengulas mengenai kenyataan pembangkan­g yang mahu membentuk jawatankua­sa sendiri bagi mempercepa­tkan rundingan untuk mengembali­kan hak-hak Sarawak jika menang Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) nanti, Abdullah berkata pembangkan­g boleh menjanjika­n apa sahaja.

Tetapi katanya yang juga Ketua Setiausaha Kepada Ketua Menteri dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semop, janji yang ditabur oleh pembangkan­g sekadar untuk meraih undi rakyat.

“Kalau saya jadi pembangkan­g pun saya akan cakap perkara yang sama. Mereka boleh membentuk jawatankua­sa sebesar mana yang mereka mahu tetapi saya tidak pasti sejauh mana mereka boleh pergi,” katanya.

Tambah Abdullah, proses rundingan bagi mengembali­kan hak-hak negeri tidak boleh dilakukan secara tergesa-gesa.

Justeru, beliau tidak mahu rakyat mengambil risiko mengubah kerajaan persekutua­n sedia ada dan memberi kesan kepada nasib rakyat di Sarawak nanti.

 ??  ?? ABDULLAH
ABDULLAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia