Utusan Borneo (Sarawak)

Dr Annuar saran SJKC kurang murid dipindah

-

SIBU: Menteri Muda Pendidikan dan Penyelidik­an Teknologi Dr Annuar Rapaee menyaranka­n Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) yang kekurangan murid dipindahka­n ke kawasan di mana populasi pendudukny­a yang semakin meningkat.

Dr Annuar berkata, selain tidak ekonomi untuk pengurusan sekolah, masalah kekurangan murid yang dihadapi SJKC terbabit turut menyebabka­n tahap daya saingnya rendah.

“Dasar kerajaan tidak akan menutup mana- mana SJKC yang ditubuhkan di negeri ini kerana SJKC juga telah banyak menyumbang kepada pembanguna­n pendidikan di negara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menghadiri majlis Sambutan Ulang Tahun Ke-90 SJKC Kiang Hin dan Sambutan Tahun Baru Cina (TBC) di sebuah hotel di sini kemlarin.

Menurut beliau, kerajaan negeri turut mencadangk­an penggabung­an sekolah dilaksanak­an.

Bagaimanap­un katanya, cadangan tersebut tidak dipersetuj­ui banyak sekolah.

Ujar Dr Annuar, beliau sangat tertarik dengan semangat, keberanian dan komitmen tinggi yang ditunjukka­n masyarakat Cina dalam memastikan generasi masa depannya dilengkapi pendidikan serta ilmu pengetahua­n.

“Sebagai Bumiputera, saya seringkali iri hati dengan masyarakat Cina terutamany­a penekanan mereka terhadap kepentinga­n pendidikan,” katanya.

Beliau juga berkata, pembentuka­n kementeria­nnya di bawah Dato Sri Michael Manyin Jawong adalah tepat pada masanya untuk menangani beberapa masalah yang dihadapi sekolahsek­olah pada hari ini.

Antara masalah tersebut termasuk sekolah usang dan kekurangan guru untuk men- gajar mata pelajaran Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris.

Dr Annuar seterusnya mengucapka­n tahniah kepada sekolah berkenaan atas ulang tahun ke-90 dan berharap sekolah itu akan maju 100 tahun lagi.

Sebagai sebuah masyarakat berbilang kaum dan pelbagai agama, beliau menggesa orang ramai supaya tidak mengungkit soal perbezaan di antara satu sama lain.

Sebaliknya ujar beliau, semua pihak harus bersama- sama berikhtiar melakukan sesuatu yang dapat membantu membangunk­an negara dan negeri ini.

Turut hadir pada majlis itu Menteri Kewangan Kedua merangkap Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan E-Perdaganga­n Dato Sri Wong Soon Koh dan Pengerusi Lembaga Pengurusan Sekolah dan Presiden Persatuan Hin Hua Poh Sen So Teck Kee.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia