Utusan Borneo (Sarawak)

Ervina pelajar istimewa terbaik STPM 2017

-

SIBU: Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Chung Hua Sibu melakar sejarah dengan kejayaan Ervina Tang Sze Cheen yang dianugerah­kan Pelajar Terbaik Sijil Tinggi Persekolah­an Malaysia (STPM) 2017 kategori pelajar istimewa.

Ervina mendapat keputusan cemerlang 2A, 2A- dalam mata pelajaran Pengajian Am (A-), Bahasa Melayu (A), Sejarah (A-) dan Ekonomi (A).

“Keputusan ini adalah hadiah istimewa kepada ibu bapa saya yang tidak pernah putus asa memberi sokongan dan motivasi kepada saya untuk berusaha bersungguh­sungguh dan mencapai keputusan cemerlang,” jelasnya.

Ketika ditemui pemberita di sekolahnya semalam, Ervina memberitah­u, kerja keras adalah kunci utama kejayaan seseorang pelajar.

“Tidak kira siapa kita, kita memperoleh­i hasil baik jika kita bekerja keras. Begitu juga saya yang tidak pernah menjangka akan memperoleh­i keputusan seperti ini pada hari ini.

“Saya berterima kasih kepada semua guru yang telah memberi bimbingan dan tunjuk ajar,” ujarnya merupakan anak keempat daripada lima adik-beradik.

B e r m i n a t u n t u k melanjutka­n pengajian dalam jurusan undang- undang, Ervina berkata, beliau sentiasa memberi tumpuan sepenuhnya ketika belajar.

“Saya akan sentiasa bertanya kepada guru untuk saya memahami.

“Saya juga menasihati kawan-kawan untuk bertanya jika kurang memahami dan ini banyak membantu memudahkan saya,” katanya.

Ditanya mengenai hala tuju selepas mendapat keputusan STPM, Ervina berkata, beliau merancang menyambung pengajian di Universiti Malaya (UM).

Pelajar lain yang turut cemerlang dengan keputusan 3A, 1A- ialah Teng Sii Ling, Anna Sii Leh Yan dan Yii See Soon (2A, 2A-), Joyce Lee Sing Yee dan Wendy Ting Siew Khin (3A, 1B+).

Menurut pengetua Tham Yoh Yin, sekolahnya mencatatka­n kelulusan 100 peratus dalam STPM 2017.

“Sekolah kami turut mencatatka­n Gred Purata Sekolah (GPS) 3.18 dengan 51 calon menduduki STPM tahun lepas,” jelasnya.

Tham berkata, berkat sokongan komuniti sekolah, Lembaga Pengurusan Sekolah, Persatuan Ibu Bapa dan Guru, ibu bapa dan pelajar telah menjadi faktor penting sekolah mencapai kejayaan yang membanggak­an.

“Terima kasih kepada guru- guru yang sentiasa komited dan gigih memberi bimbingan kepada murid untuk memperoleh­i keputusan cemerlang,” ujarnya.

SMK Chung Hua Sibu juga pernah memperoleh­i kejayaan sebagai Sekolah Terbaik STPM 2014.

Hadir sama pada sidang media tersebut Penolong Kanan Tingkatan 6 SMK Chung Hua Sibu Choo Yih Teen.

 ??  ?? KEBANGGAAN SEKOLAH: Tham (kiri) dan Choo (kanan) merakam kenangan bersama Ervina yang diumumkan Pelajar Terbaik STPM 2017 kategori pelajar istimewa.
KEBANGGAAN SEKOLAH: Tham (kiri) dan Choo (kanan) merakam kenangan bersama Ervina yang diumumkan Pelajar Terbaik STPM 2017 kategori pelajar istimewa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia