Utusan Borneo (Sarawak)

Misi promosi ke luar negara antara platform perkembang pasaran global: Wong

- Oleh Reno Benjamin

SIBU: Kerajaan sentiasa berusaha membantu industri tempatan termasuk industri membina dan membaiki kapal (SBSR) yang menjana eksport berjumlah RM357.8 juta kepada Sarawak pada 2017.

Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan E-Perdaganga­n Dato Sri Wong Soon Koh berkata, kerajaan melalui Kementeria­n Perindustr­ian dan Pembanguna­n Usahawan (MIED) menganjurk­an misi promosi ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) tahun lepas.

Selain itu katanya, MIED juga membantu Persatuan Limbungan Kapal Sibu (SSA) untuk menyertai ekspo dalam dan luar negara bagi menyediaka­n platform lebih besar untuk mereka mengembang­kan pasaran global.

“Dalam usaha kita memperbaik­i infrastukt­ur di Estet Perindustr­ian Rantau Panjang, kerajaan negeri telah memperuntu­kkan sejumlah RM10.7 juta untuk menaik taraf infrastruk­tur sedia ada.

“Kerja-kerja menaik taraf ini bermula 3 Januari dan dijangka siap menjelang 2019.

“Setelah siap, ia akan menyelesai­kan masalah perparitan yang menyebabka­n banjir dan parit tersumbat,” ujarnya.

Wong berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Angkat Sumpah Ahli Jawatankua­sa SSB Ke- 32 ( 2018- 2019) merangkap Sambutah Tahun Baharu Cina di sebuah hotel di sini, malam kelmarin.

Hadir sama Menteri Muda Pengangkut­an Awam Datuk Dr Jerip Susil, Setiausaha Tetap MIED Sarawak Datuk Liaw Soon Eng, Residen Bahagian Sibu Charles Siaw, pengerusi SSB Ngieng Ping Sing dan pengerusi penganjur majlis Ling Tiu Khing.

Wong yang juga Menteri

Dalam usaha kita memperbaik­i infrastukt­ur di Estet Perindustr­ian Rantau Panjang, kerajaan negeri telah memperuntu­kkan sejumlah RM10.7 juta untuk menaik taraf infrastruk­tur sedia ada. Dato Sri Wong Soon Koh Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan E-Perdaganga­n

Kewangan Kedua berkata, kerajaan telah memperuntu­kkan kawasan seluas 250 ekar bagi memperluas Estet Perindustr­ian Rantau Panjang, terutama bagi membina dan membaiki kapal.

“Kerajaan negeri juga telah menyediaka­n tanah di Tan- jung Manis dan Paloh bagi industri membina kapal.

“Paras air yang dalam di situ akan membolehka­n kapal lebih besar dibina termasuk pelantar minyak.

“Di samping itu, MIED juga akan meneruskan kerjakerja membangunk­an Estet Perindustr­ian Sibu seluas 150 ekar pada tahun ini.

“Estet perindustr­ian ini yang lengkap dengan kemudahan infrastruk­tur akan memberi peluang kepada perusahaan kecil dan sederhana (SME) tempatan untuk membuka kilang dan gudang,” jelasnya.

SBSR menurut Wong, merupakan satu industri yang amat penting di Malaysia dan terdapat kira-kira 100 limbungan kapal seluruh negara, 68 daripadany­a di Sarawak.

Daripada 68 limbungan kapal itu katanya, 42 beroperasi di Sibu, sekali gus menjadikan Sibu sebagai pusat industri membina dan membaiki kapal di negara ini.

“Saya yakin industri mem- bina dan membaiki kapal di Sibu akan terus memainkan peranan penting dalam membangunk­an ekonomi Sarawak, khususnya Sibu.

“Hari ini, Sarawak mampu membina pelbagai jenis kapal seperti kapal sokongan pesisir pantai, kapal tunda, bot ekspres dan sebagainya, yang mencapai standard antarabang­sa serta dieksport ke Singapura, Indonesia, Hong Kong, Vietnam, Kepulauan Solomon, Brunei Darussalam, Papua New Guinea, Timur Tengah, Amerika Syarikat dan Australia.

“Pada 2016, Sarawak mengekspor­t kapal bernilai RM376.5 juta sementara pada 2017, eksport ini mencecah RM357.8 juta,” ujar Wong.

 ??  ?? IKRAR: (dari kiri) Wong, Dr Jerip, Liaw dan Siaw menyaksika­n ahli jawatankua­sa SSA yang diketuai Ngieng mengangkat sumpah jawatan masing-masing.
IKRAR: (dari kiri) Wong, Dr Jerip, Liaw dan Siaw menyaksika­n ahli jawatankua­sa SSA yang diketuai Ngieng mengangkat sumpah jawatan masing-masing.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia