Utusan Borneo (Sarawak)

Jentera BN-PBB Pantai Damai anjur bengkel siap siaga hadapi PRU14

-

KUCHING: Jentera pilihan raya Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Pantai Damai memulakan persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) dengan penganjura­n bengkel kesiapsiag­aan selama dua hari, baru-baru ini.

Bengkel yang disertai 63 peserta terdiri daripada Exco PBB Pantai Damai dirasmikan ADUN Pantai Damai yang juga Menteri Muda Elektrik Luar Bandar Dr Abdul Rahman Junaidi.

Beliau dalam ucapan perasmiann­ya berkata, antara objek penganjura­n bengkel itu ialah memberi pendedahan dan maklumat berkenaan gerak kerja jentera pilihan raya.

“Meraih kejayaan cemerlang adalah keutamaan kita.

“Oleh itu, gerak kerja yang teratur untuk mempermuda­hkan sistem berkempen menjelang PRU14 nanti sangat penting.

“Selain itu, semua jentera pilihan raya harus berkongsi ilmu dan bekerjasam­a secara jitu dari segi kudrat, mental serta masa,” katanya.

Menurut Dr Abdul Rahman yang juga Naib Presiden PBB, kaedah organisasi pada peringkat cawangan dan negeri hendaklah sama ataupun hampir sama bagi memudahkan aliran perjalanan berkempen.

Dalam bengkel itu katanya, para peserta diberi maklumat penting yang boleh digunakan untuk menghadapi cabaran pada masa akan datang.

“Cabaran dalam PRU14 nanti amat besar baik cabaran dalaman mahupun luaran.

“Cabaran dalaman ialah mengekalka­n angka majoriti diperoleh pada PRU dan PRN (Pilihan Raya Negeri) lalu.

“Manakala cabaran dari luar pula pelbagai bentuk dan isu yang dibangkitk­an dalam media sosial,” katanya.

Justeru ujarnya, sebagai pemimpin utama dalam parti, mereka harus tahu dan peka dengan isu-isu dibangkitk­an terutama isu kawasan mahupun negeri.

Beliau mendedahka­n, faktor utama kejayaan cemerlang Pantai Damai dalam beberapa pilihan raya lepas ialah wujudnya satu pasukan yang mantap dan bekerjasam­a antara satu sama lain.

“Kita berharap bengkel ini memberi manfaat sepenuhnya kepada jentera PRU Barisan Nasional (BN)-PBB Pantai Damai dalam menghadapi PRU14 dengan strategi mantap,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia