Utusan Borneo (Sarawak)

Kelab Kembara Anak Sarawak tanam anak pokok gaharu di Rh Manggat Menyang Taih

-

KUCHING: Seramai 40 ahli Kelab Kembara Anak Sarawak berjaya menanam lebih 1,000 anak pokok gaharu di tapak penanaman di Rumah Manggat Menyang Taih Batang Ai, baru-baru ini.

Pengerusi Kelab Kembara Anak Sarawak Yusuf Buji berkata, program itu merupakan salah satu aktiviti kemasyakat­an kelab tersebut bersama Jabatan Hutan Sarawak dengan penduduk rumah panjang terbabit.

“Program ini bertujuan membantu usaha Jabatan Hutan untuk meningkatk­an ekonomi dan membuka peluang pekerjaan kepada penduduk setempat.

“Apatah lagi, kawasan ini mempunyai hutan, tasik dan gunung yang begitu cantik ditambah pula dengan usaha menanam anak pokok gaharu ini, saya yakin tempat ini boleh jadi tarikan untuk para pelancong,” katanya.

Hadir sama pada program penanaman itu ialah pegawai dari Jabatan Hutan Sarawak Suliman Jamahari, Tuai Rumah Manggat Meringai, Evelin Ruman dan Mohamad Zamahari Abdullah.

Selain program itu, Yusuf memberitah­u kelab tersebut akan mengadakan program menawan puncak Gunung Kinabalu dan Gunung Trusmadi di Sabah pada 20 Mac ini.

Katanya, seramai 25 ahli akan menyertain­ya dengan objektif memberi peluang kepada ahli baharu merasai pengalaman mendaki keduadua gunung tersebut.

“Semua pendaki telah menjalani latihan tiga bulan lalu dengan hampir setiap minggu mengadakan pendakian di gunung-gunung sekitar Kuching, malah ada yang menjalani latihan harian mendaki tangga setinggi 20 tingkat.

“Kita harap kesemua 25 pendaki ini akan berjaya menawan Gunung Kinabalu dan Gunung Trusmadi dan pada masa sama, mengharumk­an nama Sarawak di kalangan pendaki tempatan dan antarabang­sa,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia