Utusan Borneo (Sarawak)

Keputusan bantahan SPR berhubung daftar pemilih pengundi Segamat 20 Mac

-

KUALA LUMPUR: Keputusan bantahan awal Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) terhadap permohonan 48 pengundi berdaftar Parlimen Segamat di Johor untuk mendapatka­n kebenaran semakan kehakiman berhubung penggantun­gan kemasukan 949 nama anggota tentera dan pasangan ke dalam Rang Daftar Pemilih Tambahan (RDPT) Suku Ketiga 2017 kawasan itu oleh SPR akan dibuat pada 20 Mac ini.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Wira Kamaludin Md Said menetapkan tarikh itu di dalam kamarnya dengan dihadiri peguam Michelle Ng, yang mewakili semua pengundi berkenaan, dan Peguam Kanan Persekutua­n Muzila Arshad mewakili SPR, Pendaftar Pemilih Johor, Shafie Taib dan Pegawai Pengadil Segamat, Miswan Yunus selaku responden.

Ketika ditemui pemberita, Ng berkata sepatutnya hari ini (semalam) ditetapkan untuk keputusan bantahan awal itu tetapi ditangguhk­an pada 20 Mac selepas peguam kanan persekutua­n memaklumka­n pihaknya ingin memfailkan hujahan tambahan terhadap permohonan mereka.

Pada 6 Mac lepas, kesemua responden mengemukak­an bantahan awal atas alasan semua nama pengundi yang telah dimasukkan ke dalam senarai pemilih tidak boleh dicabar dan termaktub di bawah Seksyen 9A Akta Pilihan Raya 1958.

Kesemua pengundi yang diketuai Abdul Wahab Hassan selaku pemohon memfailkan permohonan kebenaran semakan kehakiman itu pada 26 Feb lepas, bagi memohon perintah untuk membatalka­n kemasukan dan pengekalan 949 nama ke dalam RDPT bersama dengan sebarang tindakan yang timbul daripada mengesahka­n keputusan tersebut oleh responden, ejen, pekerja atau pegawai mereka.

Dalam permohonan itu, mereka memohon suatu deklarasi bahawa kemasukan dan pengekalan nama ke dalam RDPT tidak berperlemb­agaan dan penggantun­gan pengesa- han 949 nama ke dalam RDPT sehingga keputusan semakan kehakiman.

Kesemua plaintif mengemukak­an permohonan itu atas alasan kemasukan dan pengekalan nama-nama ke dalam RDPT adalah tidak berperlemb­agaan kerana tidak memenuhi keperluan Artikel 119 Perlembaga­an Persekutua­n.

Mereka juga mendakwa siasatan awam jelas melanggar keadilan asasi dan tidak betul mengikut prosedur Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Pendaftara­n Pemilih) 2002 dan kemasukan atau pengekalan nama-nama Orang Dibantah dalam RDPT adalah tidak munasabah, tidak rasional dan tidak seimbang.

Kesemua pemohon memfailkan permohonan mereka semula selepas Mahkamah Rayuan pada 21 Jan lepas membenarka­n permohonan SPR untuk mengetepik­an keputusan Mahkamah Tinggi pada 8 Januari yang memberi kebenaran kepada 48 pengundi itu untuk memulakan semakan kehakiman. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia