Utusan Borneo (Sarawak)

Dua anggota polis didakwa rompak dua buruh

-

SHAH ALAM: Suami kepada penyanyi terkenal Ziana Zain, Armin Zaharin Ahmad Zambri yang didakwa mencederak­an anak lelakinya pada bulan lepas, berdepan hukuman lebih berat selepas pihak pendakwaan meminda pertuduhan ke atasnya semalam.

Ketika prosiding di Mahkamah Majistret di sini, Timbalan Pendakwa Raya Megat Mahathir Megat Tharih Afendi memaklumka­n kepada Majistret Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin, bahawa pihaknya ingin membuat pindaan membabitka­n seksyen dalam pertuduhan itu.

Pindaan tersebut adalah daripada Seksyen 324 Kanun Keseksaan kepada Seksyen 324 dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama.

Seksyen 324 memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau dengan denda atau dengan sebat atau dengan mana-mana dua daripada seksaan itu manakala Seksyen 326A pula memperuntu­kkan hukuman dua kali ganda tempoh maksimum atas sabitan kesalahan mengikut Seksyen 324.

Jurubahasa mahkamah kemudian membacakan pertuduhan pindaan itu terhadap Armin Zaharin iaitu dia didakwa sengaja menyebabka­n kecederaan luka dan lebam ke atas anaknya menggunaka­n rotan di sebuah rumah di Denai Alam di sini, kira-kira jam 8 hingga 11.30 malam pada 24 Feb lepas.

Bekas pramugara kanan sebuah syarikat penerbanga­n yang berusia 53 tahun itu didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 326A kanun sama.

Armin Zaharin, yang memakai kemeja-T kelabu dan seluar jeans biru, bagaim- anapun tetap mengekalka­n pengakuan tidak bersalahny­a seperti pertama kali dia dihadapkan ke mahkamah sama pada Selasa lepas.

Lelaki itu ditangkap pada 2 Mac lalu, selepas Ziana atau nama sebenarnya Siti Roziana Zin membuat laporan polis pada 27 Februari lepas.

Berhubung soal ikat jamin, Megat Mahathir Megat Tharih Afendi mengekalka­n jumlah RM10,000 seperti yang dicadangka­nnya pada prosiding sebelum ini.

Peguam Muhammad Zufar Elias yang mewakili Armin Zaharin berkata jumlah ikat jamin RM5,000 yang ditetapkan mahkamah sebelum ini memadai memandangk­an anak guamnya bekerja sendiri dan hanya memperoleh pen- dapatan berdasarka­n komisen yang diterima.

“Anak guam saya juga mempunyai seorang ibu yang sudah tua dan tidak sihat, selain ini merupakan kesalahan pertamanya,” katanya.

Raja Noor Adilla kemudian mengekalka­n jumlah jaminan RM5,000 serta seorang penjamin dan menetapkan 6 April depan untuk serahan dokumen.

Ziana, yang popular dengan lagu ‘Madah Berhelah’, mendirikan rumah tangga dengan Armin Zaharin pada 9 Mei 1998 dan dikurniaka­n empat cahaya mata iaitu Muhammad Aiman, 18, dan Muhammad Ammar, 14, serta pasangan kembar, Muhammad Ariel dan Siti Nur Kaseh, 9. — Bernama KUALA LUMPUR: Dua anggota polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas pertuduhan melakukan rompak berkumpula­n terhadap dua buruh binaan warganegar­a Bangladesh pada November tahun lepas

Konstabel Abdul Nasir Abdul Mukil, 26, dan Lans Koperal Mohd Faisal Yahya, 29, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mohd Ghazali Mohamad Taib.

Anak guam saya juga mempunyai seorang ibu yang sudah tua dan tidak sihat, selain ini merupakan kesalahan pertamanya.

Kedua-dua lelaki itu didakwa bersama- sama melakukan rompak berkumpula­n terhadap Moshiar Rahman,42, dan Alam ,37, dengan niat bersama melarikan wang tunai RM8,000 dan dua telefon bimbit yang keseluruha­nnya berjumlah RM8,500.

Mereka dituduh melakukan kesalahan itu di jejantas pejalan kaki Stesen LRT Pasar Seni di sini pada jam 6.50 petang, 14 Nov tahun lepas mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan dan boleh dihukum di bawah seksyen sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan juga dikenakan sebat, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Nurakmal Farhan Aziz menawarkan jaminan RM10,000 terhadap setiap tertuduh manakala dua tertuduh itu yang diwakili peguam P.Suthes memohon jaminan rendah kira-kira RM4,000 dengan alasan mereka penanggung tunggal keluarga. — Bernama

Muhammad Zufar Elias Peguam

 ?? — Gambar Bernama ?? LAPOR POLIS: Abd Rashid menunjukka­n laporan polis yang dibuat di Balai Polis Trafik Jalan Tun H.S Lee semalam susulan kejadian sebatang pokok tumbang sehingga menyebabka­n anak perempuann­ya cedera di bahagian kepala di Jalan Ampang, pada Isnin lepas.
— Gambar Bernama LAPOR POLIS: Abd Rashid menunjukka­n laporan polis yang dibuat di Balai Polis Trafik Jalan Tun H.S Lee semalam susulan kejadian sebatang pokok tumbang sehingga menyebabka­n anak perempuann­ya cedera di bahagian kepala di Jalan Ampang, pada Isnin lepas.
 ?? — Gambar Bernama ?? DIBICARAKA­N: Armin diiringi polis keluar dari Mahkamah Majistret Shah Alam selepas prosiding kesnya semalam.
— Gambar Bernama DIBICARAKA­N: Armin diiringi polis keluar dari Mahkamah Majistret Shah Alam selepas prosiding kesnya semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia