Utusan Borneo (Sarawak)

Rh Renang nikmati air bersih daripada tenaga solar

Lebih 50 penduduk dapat manfaat projek perintis menerusi program CSR syarikat Teckhem Water Malaysia

- Oleh Mohamad Achil Norrlatep

MUKAH: Lebih 50 penduduk yang meliputi sembilan keluarga di Rumah Renang di kawasan Sungai Kelapuhan, Balingian kini dapat menikmati air bersih dengan menggunaka­n teknologi tenaga solar.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Balingian Abdul Yakub Arbi, projek perintis itu salah satu program tanggungja­wab sosial korporat syarikat Teckhem Water Malaysia ( TWM).

“Ini merupakan projek perintis di Sarawak dan Balingian terpilih untuk dijadikan kawasan pertama menggunaka­n teknologi

Ini merupakan projek perintis di Sarawak dan Balingian terpilih untuk dijadikan kawasan pertama menggunaka­n teknologi ini.

ini,” katanya kepada Utusan Borneo semalam.

Bagaimanap­un, projek itu pertama kali dipasang di Malaysia adalah di Puchong, Selangor.

Menurutnya, teknologi itu kerap digunakan di pedalaman Australia di mana tiada tenaga elektrik digunakan dalam menjana air bersih kepada pengguna sebaliknya digantikan dengan kuasa daripada tenaga solar.

Di samping itu, kuasa solar yang dipasang turut menghasilk­an 300 watt tenaga yang dapat digunakan untuk lampu ketika malam menjelma di rumah panjang berkenaan.

“Kita berhasrat jika memperoleh kejayaan dalam projek perintis ini, maka kita akan mempertimb­angkan untuk melaksanak­annya di Balingian,” jelasnya lagi.

Sistem air menggunaka­n tenaga solar itu dipasang pada Rabu dengan kehadiran sembilan anggota TWM yang turut meliputi tiga profesiona­l.

Bekalan air bersih didapati daripada tangki bekalan air pertama (sistem Coracel) yang bertindak sebagai pemproses air dan selamat diminum sebaik keluar dari tangki bekalan kedua.

Turut hadir ketika pemasangan tersebut Pegawai Khas ADUN Balingian Che Ghazali Arbi, pakar Techkem Water dari Australia Crist, Pengarah Urusan TWM James Ang dan pengurus projek Dr Chew.

Abdul Yakub Arbi ADUN Balingian

 ??  ?? TEKNOLOGI BAHARU: Kerja-kerja pemasangan sistem solar oleh pihak TWM ketika berada di Rh Renang.
TEKNOLOGI BAHARU: Kerja-kerja pemasangan sistem solar oleh pihak TWM ketika berada di Rh Renang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia