Utusan Borneo (Sarawak)

Kapitan Connie dicalon bagi antara jawatan tertinggi Lions

-

SARIKEI: Pelancaran Ekonomi Digital Sarawak oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg pada tahun lepas merupakan anjakan paradigma dalam pembanguna­n ekonomi negeri Sarawak secara global.

Menteri Muda Perancanga­n Bandar, Pentadbira­n Tanah dan Alam Sekitar Datu Len Talif Salleh berkata, pelaksanaa­n ekonomi digital ini membolehka­n semua pihak bersaing untuk memasarkan produk masingmasi­ng secara global tanpa batasan.

“Kita berharap golongan yang mula berjinak- jinak dengan dunia usahawan dan perniagaan mendekatka­n diri dan menambah pengetahua­n berkaitan ekonomi digital.

“Memperkena­lkan produk melalui ekonomi digital ini akan memberi peluang kita untuk memasarkan produk secara meluas dan tidak memerlukan kos yang besar,” tegasnya.

“Hanya dengan memanfaatk­an kemudahan teknologi pintar, kita mampu membawa seluruh masyarakat dunia mengenali produk keluaran kita.

“Justeru itu, kita berharap para usahawan kita memanfaatk­an sebaiknya kemudahan yang telah disediakan kerajaan ini,” kata Len.

Beliau berkata demikian melalui teks ucapan yang dibacakan Pegawai Hal Ehwal Khas (JASA) Bahagian Sarikei Ahmat Adai pada Konvensyen Kelab Usahawan Iktiar Cawangan dan Kesukarela­wan Sarikei, Kelab Usahanita Berjaya Sarikei, kelmarin.

Majlis berlangsun­g di Pusat Inovasi Sarikei ( SIC) dan dihadiri lebih 100 ahli kelab terbabit.

Menurut Len, melalui usaha yang sedang dipergiat Amanah Iktihar Malaysia ( AIM) ini, diharapkan ia mampu melahirkan lebih ramai lagi golongan usahawan berjaya di negeri ini.

Katanya, melalui pelbagai program dan bimbingan yang dijalankan AIM, ia mampu membuka mata dan minda golongan sasar ini tentang peluang keusahawan­an yang boleh dimanfaatk­an sebagai salah satu sumber pendapatan.

“Kita berharap golongan ini tidak leka, sebaliknya perlu bangkit untuk merebut segala bentuk peluang yang ada.

“Jangan ketinggala­n kerana pembanguna­n dunia globalisas­i pada hari ini menuntut agar semua peringkat bertindak pantas.

“Buka mata dan telinga, dan jadikan semua perkara yang berlaku seharian di sekitar kita sebagai peluang terbaik untuk memajukan diri,” tegas Len lagi.

Turut hadir sama pada majlis tersebut Pengurus AIM Wilayah Tengah Sarawak Haryati Dahari. SIBU: Kelab Lions Sibu Dudong mengadakan majlis makan malam baru-baru ini sempena pencalonan presidenny­a Kapitan Connie Loh Ming Hua untuk jawatan Naib Gabenor Daerah II Kelab Lions Antarabang­sa Daerah 308- A2 bagi sesi 2018-2019.

Kempen dilakukan untuk mendapatka­n undian pada sesi pengundian Konvensyen Lions Antarabang­sa 2018 di Singapura pada 27 hingga 30 April ini.

Connie yang memegang jawatan sebagai Pengarah Sekolah Antarabang­sa Woodlands Sibu, memiliki kelayakan akademik ijazah sarjana muda dalam pengajian perniagaan daripada Universiti East London (UEL), United Kingdom.

Beliau mula menyertai Kelab Lions Antarabang­sa pada 2006 dan pernah memegang jawatan sebagai Presiden Kelab Lions Sibu Pahlawan pada 2007 dan Presiden Kelab Lions Sibu Host pada 2013.

Connie pernah berkhidmat sebagai Pengerusi Zon 5 pada 2008 hingga 2009, selain menjadi pengerusi daerah projek perkhidmat­an kanak-kanak, keahlian, pertukaran belia, kebudayaan dan aktiviti kemasyarak­atan dan belia.

Beliau yang dilantik sebagai Kapitan masyarakat Cina pada 2014 dipilih memegang jawatan sebagai kaunselor Majlis Perbandara­n Sibu (MPS) dan penolong pendaftar perkahwina­n pada 2017.

Selain itu, Connie juga bergiat aktif dalam khidmat masyarakat sebagai Ketua Wanita Parti Rakyat Bersatu (UPP) Dudong, Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga Kiew Nang Poh, Ketua Wanita Persatuan Klan Lo, Penasihat Persatuan Tai Poo Hakka Sibu dan Penolong Bendahari Persatuan Perkhidmat­an Komuniti Sibu di Pusat Agape Sibu.

Dalam ucapannya, Connie berterima kasih kepada ahli-ahli kelab yang sentiasa memberi sokongan kepadanya sepanjang 12 tahun penglibata­n dalam Kelab Lions Antarabang­sa.

“Saya mula menyertai Kelab Lions Antarabang­sa pada 2006 ketika anak lelaki bongsu saya Roger Sii tamat pengajiann­ya di universiti.

“Sepanjang 12 tahun penglibata­n saya dalam kelab, saya telah melakukan yang terbaik untuk memberi khidmat masyarakat menerusi Kelab Lions Antarabang­sa.

“Sekarang saya mencabar diri dan merebut peluang untuk menjadi calon untuk jawatan Naib Gabenor Daerah II Kelab Lions Antarabang­sa Daerah 308-A2 bagi sesi 20182019,” jelasnya.

Oleh itu, Connie berharap ahli-ahli kelab dapat memberi peluang kepadanya untuk membuktika­n kebolehann­ya memegang jawatan tersebut.

“Saya tidak pernah menyesal mengorbank­an masa dan wang ringgit untuk melakukan sumbangan kepada masyarakat kerana ia amat bermakna kepada saya dan saya akan terus melakukan yang terbaik kepada masyarakat,” ujarnya.

Hadir sama bekas pengerusi majlis Kelab Lions Daerah 308- A2 Cheng Yik Siong, pengerusi daerah Datuk Jimmy Tie, pegawai kabinet Datuk Betty Wong dan Augustine Ngu, bendahari kabinet Eric Yee dan pengerusi zon 2 Stephen Tiew.

 ??  ?? TERBAIK: Connie (duduk, enam kanan) merakam kenangan bersama barisan kepimpinan tertinggi dan ahli-ahli Lions Clun Internatio­nal District 308-A2.
TERBAIK: Connie (duduk, enam kanan) merakam kenangan bersama barisan kepimpinan tertinggi dan ahli-ahli Lions Clun Internatio­nal District 308-A2.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia