Utusan Borneo (Sarawak)

Ibu bapa tunjang kesempurna­an pendidikan anak-anak

-

SRI AMAN: Ibu bapa diminta untuk memberikan kerjasama baik kepada guru dalam memastikan anakanak mereka mendapat pendidikan yang sempurna memandangk­an mereka adalah insan yang paling dekat dengan anak-anak.

Menteri Muda Kesejahter­aan Komuniti Sarawak Datuk Francis Harden Hollis berkata, ibu bapa seharusnya menjadi ‘guru’ kepada anak-anak mereka di rumah dan sentiasa memastikan anak mereka menelaah pelajaran.

Harden yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN) Simanggang berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Zumbathon anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di Dewan Hollis Tini Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Aman dekat sini, pagi semalam.

Menurutnya, setiap ibu bapa perlu memainkan peranan mereka bagi memastikan mutu pendidikan anak-anak sentiasa dititikber­atkan.

“Ramai ibu bapa seolaholah menganggap tugas mendidik anak-anak hanya diserahkan kepada guru di sekolah, namun mereka harus sedar bahawa mereka juga memainkan tanggungja­wab penting di rumah bagi memastikan kesinambun­gan pembelajar­an anakanak,”katanya.

Tambahnya lagi, kerajaan melalui Kementeria­n Pendidikan telah menyediaka­n pelbagai kemudahan khusus untuk meningkatk­an mutu pendidikan negara.

Di samping itu, kaedah serta corak pembelajar­an lebih berkesan juga diperkenal supaya para pelajar lebih memahami dan menerima ilmu yang disampaika­n guru mereka.

Selain itu, Kementeria­n Pendidikan juga telah menyediaka­n pelbagai insentif kewangan bagi membantu golongan pelajar yang memerlukan supaya mereka lebih cenderung untuk belajar.

Pada masa yang sama, beliau menasihati para pelajar untuk menggunaka­n dengan bijak apa jua kaedah pembelajar­an yang diperkenal­kan terutamany­a melibatkan Internet.

“Seperti mana yang kita maklum, terdapat ruang sembang maya seperti Face- book, WeChat, WhatApps, Twitter dan sebagainya yang boleh dijadikan platform untuk para pelajar berinterak­si dengan rakan-rakan lain.

“Walaupun pada dasarnya kewujudan ruang sembang alam maya ini amat baik, namun kita tidak dapat mengelak kejadian luar jangkaan jika kita tidak berhati-hati sehingga berlakunya bermacam-macam penipuan oleh pihak yang tidak bertanggun­gjawab dan akhirnya menyebabka­n pengguna menjadi mangsa,” ujarnya.

Justeru itu, memandangk­an ramai pelajar sekarang sudah mahir dan bijak menggunaka­n komputer maka beliau menyeru kepada para ibu bapa agar memantau penggunaan komputer oleh anak-anak mereka semasa di rumah.

“Dengan kata lain, ibu bapa juga hendaklah menegur anak-anak mereka jika mereka didapati menyalahgu­nakan komputer untuk tujuan yang tidak baik terutamany­a semasa melayari Internet,” tambahnya lagi.

Hadir sama pada program berkenaan Residen Bahagian Sri Aman Indit Bangai, pengetua sekolah, Pengerusi PIBG Sekolah Jilin Itar, guru-guru kanan serta ibu bapa pelajar.

Dalam pada itu, 1,600 pelajar termasuk ibu bapa terlibat dalam program berkenaan.

Pelbagai aktiviti menarik turut diadakan, antaranya, senamrobik, gerai jualan dan cabutan bertuah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia