Utusan Borneo (Sarawak)

Dadah dalam peket minuman

Antara taktik sindiket edar dadah mengaburi pihak berkuasa

-

KUALA LUMPUR: Jika dilihat secara luaran, peket kecil yang terpapar gambar buah-buahan pasti dianggap ekstrak minuman tanpa menyangka ia sebenarnya adalah ‘jus khayal’ mengandung­i ekstasi.

Itu merupakan antara taktik yang digunakan sindiket pengedaran dadah bagi mengaburi pihak berkuasa akan kegiatan haram mereka dengan menyasarka­n pusat hiburan di sekitar ibu kota sebagai lokasi pengedaran sejak dua bulan lepas.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Hamzah Alias berkata hasil risikan, pihaknya berjaya menahan tiga individu termasuk dua wanita yang disyaki memproses dadah jenis ekstasi dalam satu serbuan di sebuah rumah di Pandan Indah, Ampang dekat sini, tiga hari lalu.

Bercakap pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya di sini, hari ini, beliau berkata dalam serbuan pada 2.30 petang itu, seorang lelaki tempatan lingkungan 40-an yang dipercayai dalang utama ditahan bersama dua pekerjanya iaitu dua wanita warga Vietnam berusia 20-an dan 60-an.

“Kita berjaya merampas serbuk ekstasi seberat 5,116 gram, ketamin (21.4 gram)

Kita berjaya merampas serbuk ekstasi seberat 5,116 gram, ketamin (21.4 gram) dan dua ketulan mampat ganja yang keseluruha­nnya bernilai RM514,330. ACP Hamzah Alias Ketua Polis Daerah Ampang Jaya

dan dua ketulan mampat ganja yang keseluruha­nnya bernilai RM514,330.

“Kita juga merampas pelbagai peralatan seperti alat pengisar elektrik, lesung batu dan plastik lutsinar yang digunakan bagi memproses serta membungkus peket dadah berkenaan. Kita percaya sindiket ini telah beroperasi sejak dua bulan lepas,” katanya.

Hamzah berkata kesemua yang ditahan direman tujuh hari hingga Isnin depan dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? JUS KHAYAL: Hamzah (dua kanan) menunjukka­n peket kecil yang terpapar gambar buah-buahan seperti ekstrak minuman tetapi adalah jus khayal mengandung­i ekstasi, pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya, Kuala Lumpur, semalam.
— Gambar Bernama JUS KHAYAL: Hamzah (dua kanan) menunjukka­n peket kecil yang terpapar gambar buah-buahan seperti ekstrak minuman tetapi adalah jus khayal mengandung­i ekstasi, pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya, Kuala Lumpur, semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? PENERIMA ANUGERAH: Zahid (lapan kiri) bergambar bersama penerima-penerima anugerah selepas Majlis Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang Kementeria­n Dalam Negeri (KDN) di Putrajaya, semalam.
— Gambar Bernama PENERIMA ANUGERAH: Zahid (lapan kiri) bergambar bersama penerima-penerima anugerah selepas Majlis Anugerah Perkhidmat­an Cemerlang Kementeria­n Dalam Negeri (KDN) di Putrajaya, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia