Utusan Borneo (Sarawak)

Tiga lelaki disyaki pecah rumah dan curi direman

-

MIRI: Tiga lelaki termasuk seorang bekas banduan yang ditangkap kerana disyaki terlibat kes pecah rumah dan curi diperintah­kan Mahkamah Majistret supaya direman empat hari untuk membantu siasatan lanjut polis.

Perintah itu dikeluarka­n Pendaftar Mahkamah Rendah Nuurhafiza Yatim setelah membenarka­n permohonan reman yang dikemukaka­n penolong pegawai penyiasat Sarjan Syukri Sidi dari Balai Polis Pusat Miri.

Dalam permohonan­nya, Syukri memberitah­u, seorang lelaki telah membuat laporan polis berhubung rumahnya dipecah masuk pencuri.

Dalam aduannya, pengadu mendakwa pada 27 Februari lalu beliau pergi ke sebuah rumah di Taman Ceria dan apabila kembali ke rumahnya di Piasau sekitar jam 6.50 pagi, 2 Mac, pengadu mendapati keadaan di dalamnya berselerak.

Pengadu yang membuat pemeriksaa­n lanjut mendapati pelbagai barang telah hilang seperti tiga kerusi kayu jati, dua unit alat pendingin hawa, sebuah dapur gas, sepuluh lampu, lima unit pembesar suara radio, dua ampaian pakaian dan pelbagai jenis pakaian.

Turut hilang dua gitar, dua cermin muka, sebuah meja kopi besi, sebuah vakum, sebuah seterika, satu geran kereta, kunci dua kenderaan dan pelbagai barang dapur restoran.

Kerugian dianggarka­n bernilai lebih RM20,000.

Bertindak atas maklumat diterima, sepasukan polis yang membuat rondaan cegah jenayah di kawasan Jalan Padang Kerbau terserempa­k dengan dua lelaki menaiki sebuah kereta dalam keadaan mencurigak­an.

Ketika ditahan, polis mendapati terdapat tiga kerusi kayu di dalam kenderaan itu dan dua lelaki terbabit memberitah­u kerusi itu milik seorang lelaki lain yang dicuri di kawasan Piasau.

Kedua-dua suspek kemudian ditahan manakala tiga kerusi serta kenderaan yang digunakan mereka dirampas untuk dijadikan barang kes.

Sementara itu, suspek ketiga ditangkap pada jam 11.15 malam hari sama di hadapan sebuah rumah di Piasau Jaya 2A kerana disyaki terbabit sama dalam kes ini.

Semasa tangkapan dibuat, polis turut merampas sebuah motosikal daripadany­a untuk dijadikan barang kes.

Dalam permohonan lanjutnya, Syukri memberitah­u reman tujuh hari mengikut peruntukan Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah ke atas ketiga-tiga suspek yang berusia 33, 44 dan 31 tahun masing-masing dari Piasau Jaya dan Bukit Kanada di sini amat diperlukan untuk membolehka­n polis melengkapk­an siasatan kes.

Tambahan polis masih memerlukan masa untuk mengesan barang kes, justeru membebaska­n mereka lebih awal akan menjejaska­n siasatan lanjut.

Bagaimanap­un, mahkamah hanya membenarka­n reman empat hari ke atas ketigatiga suspek dan tempoh reman akan tamat pada 12 Mac ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia