Utusan Borneo (Sarawak)

G-WAR didik wanita cegah rasuah

-

KANGAR: Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia ( SPRM) Perlis semalam melancarka­n Gerakan Wanita Anti Rasuah (G-WAR) untuk mendidik kaum wanita memerangi jenayah rasuah.

Pengarahny­a, Penolong Kanan Pesuruhjay­a Mohd Shukor Mahmud berkata, GWAR yang julung kali diadakan itu memberi tumpuan khusus kepada wanita selaras hasrat SPRM untuk mendekati masyarakat.

“Wanita adalah penyumbang penting pembanguna­n negara. Justeru, program ini secara tidak langsung mendidik dan mendedahka­n elemen-elemen rasuah serta salah guna kuasa oleh pegawai yang berkuasa.

“Oleh itu kita mengharapk­an kaum wanita memahami isu jenayah rasuah,” katanya semasa berucap pada majlis pelancaran G- WAR oleh Pengerusi Jawatankua­sa Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat Rela Ahmad di Dewan Warisan di sini, semalam.

Mohd Shukor berkata wanita yang mempunyai peranan sebagai ibu, kakak, dan isteri sesuai memberi teguran, nasihat dan bertanya jika mendapati suami mereka tiba-tiba memiliki barangan berharga dan wang yang banyak di luar kemampuann­ya.

Sementara itu, Rela dalam ucapannya menyeru kaum wanita supaya menjadi mata dan telinga bagi membantu SPRM dengan memberi maklumat demi membantera­s gejala rasuah.

Katanya program- program kecil membabitka­n kelompok kecil wanita akan diadakan lebih kerap kerana didapati lebih berkesan dalam memberi penerangan mengenai rasuah.

Pelancaran G- WAR itu juga bersempena sambutan Hari Wanita Sedunia yang jatuh pada hari ini bertujuan menjadikan wanita penggerak utama budaya membenci rasuah dalam semua lapisan masyarakat. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia