Utusan Borneo (Sarawak)

Hotel empat bintang rugi RM6,576.61 akibat kad kredit palsu

-

KUANTAN: Sebuah hotel empat bintang di Sungai Karang di sini kerugian sebanyak RM6,576.61 selepas diperdayak­an seorang wanita yang membuat tempahan bilik menggunaka­n kad kredit palsu, tahun lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Mohd Wazir Mohd Yusof berkata hotel berkenaan mendakwa dihubungi seorang wanita berhubung tempahan sebuah bilik pada jam 12 tengah hari, 19 Feb 2017 yang kononnya dibuat menerusi laman web booking. com.

Katanya, suspek kemudianny­a membuat bayaran secara manual caj kad kredit yang didaftarka­n atas nama Wong Yong Seng.

“Suspek kemudianny­a sekali lagi membuat tempahan bilik pada 21 April 2017 namun menggunaka­n kad kredit yang didaftarka­n atas nama Wong Chao Ping.

“Perbuatan suspek terbongkar selepas pihak Maybank menghantar surat kepada hotel itu beberapa bulan kemudian untuk penarikan semula caj dan meminta dokumen mengenai transaksi kad kredit bagi tempahan bilik oleh suspek,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Mohd Wazir menambah pihak Maybank juga menarik semula caj yang dikenakan ke atas pelanggann­ya bagi bayaran akaun hotel berkenaan dan menasihatk­an pihak hotel untuk membuat laporan polis.

Sehubungan itu, seorang kakitangan hotel berkenaan membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan di sini, kelmarin.

“Siasatan dijalankan untuk mengetahui sama ada suspek menggunaka­n kad kredit yang hilang atau memalsukan kad kredit pemilik sebenar,” katanya.

Mohd Wazir menambah siasatan dijalankan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan iaitu menipu yang memperuntu­kkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat serta denda, jika sabit kesalahan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia