Utusan Borneo (Sarawak)

Tambah mesin imbas kontena di pelabuhan seluruh negara

-

PELABUHAN KLANG: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (Kastam) akan menambah mesin pengimbas kontena di semua pelabuhan di seluruh negara bagi mempercepa­tkan lagi proses pemeriksaa­n kontena dan muatannya.

Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata langkah itu juga dibuat bagi memperting­katkan keupayaan jabatan itu dalam menangani sebarang kegiatan penyeludup­an di pelabuhan.

“Apabila mesin tidak banyak atau rosak, pemeriksaa­n kontena terpaksa dibuat secara manual dan ini akan mengambil masa yang lama.

“...dan apabila perkara itu berlaku pelabuhan akan menjadi sesak dengan kontena sedia ada. Selain itu dengan tambahan mesin ini ia mampu mengurangk­an kes penyeludup­an barang yang dibawa masuk melalui pelabuhan,” katanya kepada pemberita di Wisma Kastam Selangor di sini, semalam.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan perbincang­an berhubung perkara itu bersama Menteri Pengangkut­an Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Ketua Pengarah Kastam Datuk Seri T. Subromania­m.

Mengulas lanjut, Johari berkata keputusan untuk menambah mesin pengimbas itu dibuat susulan terdapat isu berbangkit berhubung kesesakan di pelabuhan.

“Ini antara isu utama yang kita bincangkan dengan pihak pelabuhan dan Kastam... bagaimanap­un, berapa jumlah (mesin) yang akan kita letak di setiap pelabuhan, kita akan teliti dulu. Setakat ini kita dah ada beberapa mesin (di pelabuhan) termasuk 26 buah di Pelabuhan Klang.

“Pelabuhan kita sekarang ini kurang efisien kerana kita banyak melakukan pemantauan yang ketat dan penambahan pengimbas dilihat dapat membantu operasi pelabuhan kita lebih cekap seterusnya mencapai tahap pelabuhan antarabang­sa,” katanya.

Sementara itu, Liow yang juga Pengerusi Pasukan Petugas Logistik Kebangsaan menyambut baik usaha untuk menambah mesin pengimbas kontena berkenaan. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? LAWATAN KERJA: Johari (kiri) melawat gudang minuman keras dan rokok di Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) sempena Lawatan Kerja ke Pelabuhan Klang di Pulau Indah, Pelabuhan Klang, semalam.
— Gambar Bernama LAWATAN KERJA: Johari (kiri) melawat gudang minuman keras dan rokok di Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) sempena Lawatan Kerja ke Pelabuhan Klang di Pulau Indah, Pelabuhan Klang, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia